Overwatch 2 akan ganti siri original


  • eSports
  • Khamis, 30 Jun 2022

Tarikh pelancaran Overwatch 2 adalah pada 4 Oktober 2022 untuk PC, Xbox Series, Xbox One, PS5, PS4 dan Nintendo Switch. — Agensi

APABILA Overwatch 2 dilancarkan pada bulan Oktober nanti, game tersebut akan terus menggantikan game pertama Overwatch.

Jika pemilik game pertama Overwatch yang tersedia muat naik game itu mereka akan mendapat satu kemaskini baharu yang akan terus menukarkan game tersebut menjadi Overwatch 2 dengan membawakan segala perubahan yang dijanjikan untuk Overwatch 2.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Blizzard di Reddit, lapor Gamespot.

Seperti yang kita tahu, Overwatch 2 sedang menukar model bisnesnya, yang mana akan dilancarkan sebagai sebuah game percuma (free-to-play).

U3cV9o5daemKS4QrBFXAXE-1200-80

Overwatch 2 sedang menukar model bisnesnya, yang mana akan dilancarkan sebagai sebuah game percuma. Agensi

Tarikh pelancarannya adalah pada 4 Oktober 2022 untuk PC, Xbox Series, Xbox One, PS5, PS4 dan Nintendo Switch.

Menampilkan perlawanan kompetitif online 5-lawan-5, Overwatch 2 akan membawakan fungsi cross-play dan cross-progression.

Overwatch 2 turut akan meninggalkan sistem loot box, seterusnya memperkenalkan Battle Pass. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram