Segalanya mudah dengan Setel, jom beli-belah di PETRONAS Shop


  • Bizz
  • Rabu, 29 Jun 2022

Antara produk ditawarkan di Kedai Petronas.

PENGGUNA kini boleh menikmati kemudahan membeli-belah barangan tulen PETRONAS menerusi platform dalam talian PETRONAS Shop.

Berdasarkan laman web PETRONAS Shop, syarikat itu menawarkan penjualan aksesori eksklusif PETRONAS seperti alat minuman iaitu kole dan botol air, dengan masing-masing berharga RM29.90 dan RM49.90.

Selain itu, aksesori seperti payung juga tersedia dengan harga RM65.90 setiap satu.

Bukan itu sahaja, PETRONAS Shop juga menawarkan beg jinjing atau tote bag dengan harga serendah RM49.90 hingga RM69.90.

Antara produk lain yang ditawarkan kedai itu termasuk pakaian berkolar, jaket dan kemeja, dengan harga bermula RM22 hingga RM606 selepas diskaun.

Malah, jersi Petronas turut tersedia dengan harga bermula RM12.87 juga selepas diskaun.

Pelanggan juga berpeluang mendapatkan cenderahati dari PETRONAS Shop seperti t-shirt Menara Berkembar untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan yang berharga RM55 setiap satu, T-shirt dewasa logo Kuala Lumpur (RM42.90) serta buku Menara Berkembar PETRONAS(RM99).

Tawaran Petronas di kedainya pasti membuat pelanggan lebih teruja apabila ia menawarkan kad keahlian ke Petrosains dengan harga untuk kanak-kanak serendah (RM28), dewasa (RM65) dan pakej keluarga (RM140).

Apa yang menarik tentang kad keahlian itu, pemegangnya berpeluang melakukan lawatan tanpa had ke kawasan pameran utama Petrosains.

Hanya memuat turun aplikasi Setel, anda bukan sahaja boleh membeli-belah secara atas talian, malah barangan yang dipesan akan terus dihantar ke rumah anda.

Semakin kerap anda membeli-belah, semakin banyak mata mesra yang dikumpul apabila pembelian dibuat dengan Setel untuk menikmati pelbagai penebusan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.setel.com/PETRONAS-Shop hari ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram