Kutipan Mat Kilau cecah RM7 juta, ini tsunami filem Melayu — Syamsul Yusof


  • Hiburan
  • Ahad, 26 Jun 2022

Syamsul berbangga dengan filem arahannya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang mengungguli carta tayangan filem.

FILEM Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan terus mencatatkan rekod baharu apabila sudah mencecah RM7 juta kutipan selama tiga hari tayangan.

Pengarahnya, Syamsul Yusof terus menyatakan rasa bangga selepas filem epik Melayu arahannya itu terus mendapat sambutan daripada penonton filem tempatan.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof berkata, apa yang berlaku sekarang dianggap sebagai tsunami filem Melayu yang berjaya mengenepikan filem-filem Hollywood.

"Alhamdulillah untuk segala-galanya. Filem Melayu kita berjaya mengenepikan filem luar dan Hollywood. Dengan itu, kita harus berbangga.

"Tahniah buat semua pasukan produksi saya. Kun Fayakun, tsunami filem Melayu," katanya menerusi satu status di akaun Instagram miliknya.

WhatsApp_Image_2022-05-18_at_7.44.12_AM_1652842835

Barisan pelakon filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, (dari kiri) Beto Kusyairy, Datuk Adi Putra dan Fattah Amin.

Untuk rekod, hari kedua tayangan filem terbaharu Syamsul yang menelan kos sebanyak RM8 juta itu berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.8 juta.

Jumlah itu mengatasi kutipan hari pertama tayangan filem tersebut iaitu sebanyak RM1 juta.

Malah, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan juga berjaya mengenepikan filem luar negara yang masih ditayangkan iaitu Top Gun Maverick, The Black Phone, Elvis dan Vikram.

Selain Syamsul selaku pengarah, filem tersebut juga dibintangi oleh pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Wan Hanafi Su, Fattah Amin dan Beto Kusyairy. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram