Tinggalkan 40 si bulus, kasih sayang Adibah Noor dapat perhatian Rumah Amanah


  • Hiburan
  • Ahad, 19 Jun 2022

Sebahagian daripada kucing yang dijaga Allahyarham Adibah Noor semasa hayatnya. — themamamiaow.com

RAMAI yang masih terkejut dengan pemergian Allahyarham Adibah Noor, 51, yang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam pada Sabtu kerana kanser ovari tahap empat.

Selain aktif dalam dunia seni sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara, Allahyarham juga sangat dikenali dengan sikap kasih terhadap kucing.

Malah, beberapa hari sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhir, satu ciapan yang dimuatnaiknya pada 13 Jun lalu kembali tular dan difahamkan mempunyai kaitan dengan kucing.

WhatsApp_Image_2022-06-19_at_10

Ciapan yang dimuat naik Adibah Noor pada 13 Jun lalu difahamkan berkaitan dengan kucing.

"Maaf, kali ini aku tak dapat tolong.

"Kerana aku sendiri dalam keadaan yang memerlukan. Semoga ALLAH permudahkan urusanmu," katanya.

Difahamkan, ciapan tersebut ditujukan kepada individu yang meminta bantuannya untuk menjaga kucing.

Allahyarham juga meninggalkan kira-kira 40 ekor kucing dan kini, Rumah Amanah memakluman sedia untuk mengambil dan menjaga kesemua kucing itu.

"Arwah mempunyai 40 ekor kucing dan Rumah Amanah sedia terima untuk jaga. (Tapi waris belum hubungi pemilik Rumah Amanah," kata pengguna TikTok, cikhasnita.

Dalam pada itu, beberapa pengguna media sosial yang lain juga menyatakan rasa sedih bila mengenangkan kerinduan kesemua kucing itu terhadap Allahyarham Adibah Noor. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram