Empat hobi pilihan lelaki selepas bersara


  • Hobi
  • Rabu, 15 Jun 2022

Kebanyakan lelaki memilih untuk bersama keluarga dan orang tersayang serta melakukan beberapa aktiviti. — Agensi

SETIAP pekerja akan mencapai umur persaraan dan setelah bersara, sesetengah orang memilih untuk tinggal di rumah.

Kebanyakan mereka juga memilih untuk bersama keluarga dan orang tersayang serta melakukan beberapa aktiviti untuk memastikan masa mereka terisi.

Bercakap mengenai persaraan, lelaki yang telah bersara biasanya mempunyai aktiviti rutin supaya dapat mengisi aktiviti harian mereka.

Terdapat beberapa aktiviti yang biasanya dilakukan oleh orang bersara dan berikut adalah sebahagian daripadanya.

1. Menjaga cucu

lelaki pencen 2

Terdapat sebahagian lelaki yang mahu meluangkan masa untuk menjaga dan membesarkan cucu mereka. — Agensi

Lelaki yang telah bersara biasanya mempunyai cucu.

Untuk berasa seperti seorang datuk, mereka akan meluangkan masa untuk menjaga dan membesarkan cucu mereka bagi keluarga yang tinggal sebumbung bersama anak dan cucu.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan bersama termasuk menghantar dan mengambil cucu ke sekolah atau taska, atau membawa mereka bersiar di taman permainan dan pusat tarikan apabila cuti hujung minggu.

Malah ada juga lelaki yang cenderung membawa cucu masing-masing sebagai peneman ke majlis sosial seperti kenduri.

2. Sibuk dengan haiwan peliharaan

Semasa mereka masih bekerja, golongan lelaki biasanya tidak mempunyai masa untuk berehat menjaga haiwan peliharaan mereka.

Oleh kerana selepas bersara mereka mempunyai banyak masa lapang, jadi waktu terluang itu diisi dengan memelihara haiwan peliharaan.

Antara haiwan yang boleh dibela ketika bersara termasuk kucing, burung dan ikan.

3. Memancing

Walaupun ada lelaki yang melakukan aktiviti memancing semasa masih bekerja, ada segelintir mereka yang semakin menumpukan kepada aktiviti memancing selepas bersara.

Dengan masa yang banyak terluang, mereka boleh memilih untuk mengikuti trip memancing ke laut atau lokasi lebih jauh dari rumah untuk menikmati aktiviti tersebut.

Malah bagi mereka yang memiliki wang persaraan yang banyak, mereka boleh melabur untuk membeli peralatan memancing yang lebih baik dan berkualiti.

4. Melancong bersama keluarga

lelaki pencen 3

Melancong bersama keluarga merupakan antara aktiviti pilihan lelaki selepas bersara. — Agensi

Selepas bersara, sudah pasti melancong sudah tersenarai dalam aktiviti yang ingin dilakukan.

Selepas bekerja berpuluh tahun dan menerima wang persaraan, sudah tiba masanya pesara mahu menikmati kehidupan dengan bercuti bersama keluarga.

Aktiviti melancong ini boleh dilakukan tidak kira sama ada di dalam atau luar negara bersama pasangan masing-masing. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram