SETIAP lelaki pasti mempunyai hobi berbeza yang dilakukan secara berkala.
Hobi ini kadangkala membuatkan mereka terlalu fokus sehingga terlupa melakukan perkara lain seperti bercinta dengan wanita.
Bagaimanapun ada sebahagian hobi lelaki sebenarnya boleh membuat wanita terpikat dengan dirinya dan ingin menjadi pasangan mereka.
Apakah hobi yang boleh menggoda wanita? Berikut merupakan lima hobi positif yang boleh dilakukan.
1. Memasak
Kebanyakan wanita menyukai lelaki yang boleh memasak. — Agensi
Memasak selalunya sinonim dengan wanita, tetapi ternyata ramai juga lelaki yang suka memasak.
Kebanyakan wanita menyukai lelaki yang boleh memasak, sama ada hanya untuk sarapan pagi atau makan malam romantis dengan cahaya lilin.
Jadi siapa lelaki yang pakar di dapur maka ia akan menjadi kelebihan untuk dirinya dan boleh membuat wanita kagum.
2. Bersukan
Lelaki yang bersenam dan berpeluh semasa bersukan kelihatan seksi dari pandangan wanita. — Agensi
Mana-mana lelaki yang mempunyai hobi bersukan akan menarik perhatian wanita.
Hal ini kerana lelaki yang suka bersukan menunjukkan bahawa dia boleh komited dan ghairah tentang sesuatu yang ingin mereka miliki.
Lelaki yang bersenam dan berpeluh semasa melakukan hobi ini kelihatan seksi dari pandangan wanita.
Bagi yang baru mahu berjinak-jinak, sekurang-kurangnya perlu ada semangat bersukan untuk memenangi kekaguman wanita.
Antara sukan yang boleh membuat wanita tertarik adalah meluncur, bola sepak, ragbi, kriket dan tenis.
3. Memahami sejarah
Bagi wanita jejaka yang suka sejarah lebih menarik. — Agensi
Hobi ini bukan sekadar membaca, teater dan muzik, ia menunjukkan kedalaman watak dan minat terhadap sesuatu yang lebih kelakian.
Hobi ini juga ternyata membuatkan wanita mengagumi lelaki dan bagi mereka jejaka yang suka sejarah lebih menarik.
Wanita juga merasakan lelaki seperti ini akan dapat memikirkan tarikh-tarikh penting dengan melihat pameran seni, teater atau pertunjukan langsung dan ini lebih menarik daripada makan malam di restoran.
4. Melancong
Lelaki dengan hobi melancong boleh membawa wanitanya menikmati destinasi pelancongan yang indah. — Agensi
Lelaki yang suka melancong akan menjadi sangat menarik bagi wanita.
Ini bermakna lelaki itu mempunyai keinginan untuk meneroka dunia jauh dari zon selesanya dan menikmati masanya melakukan perkara baharu.
Ini juga bermakna lelaki dengan hobi ini boleh membawa wanitanya menikmati destinasi pelancongan yang indah bersama-sama agar tidak menjemukan.
5. Seni dan fotografi
Menjadikan fotografi sebagai hobi sudah cukup untuk memikat wanita. — Agensi
Kreativiti pada lelaki sentiasa menjadi tarikan permulaan bagi wanita.
Sama ada hobi melalui kamera SLR atau berus, artis atau jurugambar kelihatan menarik dan seksi kepada semua wanita.
Lelaki tidak perlu menjadi artis dan jurufoto yang bagus, tetapi cukup hanya menjadikannya sebagai hobi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram