Lima hobi ini dicop membazir, tepuk dada tanya selera


  • Hobi
  • Ahad, 12 Jun 2022

Terdapat hobi yang sebenarnya lebih mahal daripada pendapatan yang diperoleh.— Agensi

KEHIDUPAN perlu dijalani secara seimbang, selain bekerja, penting bagi seseorang untuk berseronok dengan sesuatu yang disukai.

Masalah berlaku apabila aktiviti atau hobi yang sepatutnya menenangkan tetapi memberi kesan di sebaliknya kerana kosnya lebih mahal daripada pendapatan yang diperoleh.

Bukan itu sahaja, ia juga membazirkan wang dan membuatkan duit sentiasa tidak cukup menjelang akhir bulan.

Sebelum terjebak lebih jauh, berikut merupakan hobi yang sebaiknya dielak supaya tidak membazir di kemudian hari.

1. Menunggang kuda

hobi membazir 1

Akses untuk menunggang kuda memerlukan belanja yang besar. — Agensi

Walaupun hobi ini tidak memerlukan seseorang untuk membeli kuda, mendapatkan akses untuk menunggang kuda memerlukan belanja yang besar.

Tambahan pula, seseorang perlu belajar dengan mentor dan menyediakan peralatan yang diperlukan untuk latihan.

2. Mengumpul kereta

hobi membazir 2

Kereta merupakan barang yang susut nilai selepas digunakan. — Agensi

Seperti yang semua sedia maklum, kereta merupakan barang yang akan berkurangan nilainya semasa digunakan.

Perkara yang menarik ialah agak ramai orang memilih untuk mengumpul kereta di garaj mereka.

Kos yang perlu ditanggung apabila menceburi hobi ini termasuklah kos pembelian kenderaan, penyelenggaraan rutin, dan juga cukai yang perlu dibayar.

Tidak hanya itu, pemilik kenderaan juga perlu menyediakan tempat yang sesuai untuk menyimpan semua koleksi yang dimiliki.

3. Bermain golf

hobi membazir 3

Mmemasuki kelab golf akan dikenakan bayaran minimum dan sangat mahal. — Agensi

Sukan ini selalunya hanya dilakukan oleh ahli perniagaan dan pegawai yang mempunyai wang yang banyak.

Tetapi ketahuilah bahawa golf bukanlah jenis sukan yang menawarkan nilai terbaik untuk dilakukan.

Apabila memasuki kelab golf, sudah pasti akan dikenakan bayaran minimum dan sangat mahal.

4. Berjudi

hobi membazir 4

Berjudi hanya akan menghabiskan wang dan memburukkan lagi keadaan.— Agensi

Ramai orang mendapati keseronokan di tempat yang salah, berjudi adalah salah satu daripadanya.

Tabiat berjudi biasanya hanya dilakukan oleh orang yang ingin menjadi kaya dengan segera walaupun hakikatnya aktiviti tersebut hanya akan menghabiskan wang dan memburukkan lagi keadaan.

Daripada menggunakan wang itu untuk berjudi atau melakukan hobi yang mahal, lebih baik wang itu digunakan untuk melabur sahaja.

5. Mengumpul barang

533890603

Hobi mengumpul barang memerlukan ruang simpanan khas supaya kualiti barangan terjaga. — Agensi

Ramai orang membeli barang koleksi dengan harapan nilai jualan semulanya akan meningkat pada masa hadapan.

Padahal pelbagai koleksi barangan tidak semuanya menguntungkan dan mampu memberikan pulangan yang sama seperti pelaburan.

Contohnya, berlian yang nilainya akan berkurangan kepada separuh harga jika kualitinya tidak terjaga.

Tambahan pula, perlu ada ruang simpanan khas supaya kualiti barangan terjaga dan selamat. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

membazir, kereta, golf, judi, kuda, barang