RAMAI sebenarnya masih terkejut dengan penangkapan penyanyi, Yasin Sulaiman yang didakwa dengan kes penanaman pokok ganja.
Kes tersebut masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah dan kisahnya juga menjadi tumpuan ramai peminat.
Ketika di penjara, Yasin sempat menulis satu lirik lagu berjudul Bebaskan Aku dan bait ayat dalam seni kata itu sebelum ini meruntun hati pembaca.
Terbaharu, Yasin sempat menyanyikan lagu tersebut ketika anaknya, Malaika melawatnya dipenjara.
Yasin Sulaiman bersama dengan anaknya, Malaika.
"Klip audio Yasin menyanyikan lagu Bebaskan Aku yang dicipta pada bulan Mei lalu.
"Semasa lawatan penjara yang lepas, Malaika meminta ayahnya menyanyikan lagu ini untuknya.
"Beberapa hari kemudian, kami meminta Yasin menyanyikan lagi ini semula dalam panggilan telefon supaya dapat direkod dan dihayati oleh semua," kata satu kenyataan yang dimuat naik di akaun Instagram Yasin.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warganet yang terkesan dengan nyanyian Yasin, sekali gus memberi kata-kata semangat serta mendoakan yang terbaik buatnya.
Untuk rekod, Yasin kini berdepan dengan hukuman gantung selepas ditahan susulan dakwaan mengedar dadah jenis ganja di sebuah kondominium di Kota Damansara pada 24 Mac lalu.
Yasin disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram