Tak pernah menang 5 aksi terakhir, ini 2 bintang Harimau Malaya pernah robek gawang Bahrain


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jun 2022

Antara aksi perlawanan antara Malaysia dan Bahrain sebelum ini. — Facebook/FAM

PERLAWANAN menanti Bahrain pada Sabtu sangat ditunggu-tunggu penyokong bola sepak tempatan apatah lagi dengan prestasi terbaik dipamerkan anak buah Kim Pan-gon dalam dua perlawanan sebelum ini.

Namun menentang Bahrain bukanlah sesuatu yang mudah apatah lagi jurang kedudukan kedua-dua pasukan di peringkat dunia jauh berbeza dengan Bahrain di tangga kelapan dunia dan Malaysia di kedudukan ke 147.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon juga mengakui kekuatan Bahrain tetapi tidak menolak kemampuan anak buahnya untuk menumpaskan skuad kendalian Helio Sousa itu.

Melihat kembali rekod pertemuan antara kedua-dua pasukan sebelum ini, Malaysia mencatatkan keputusan seri sebanyak dua kali manakala kalah dalam tiga lagi perlawanan.

WhatsApp Image 2022-06-11 at 1.59.26 PM (1)

WhatsApp Image 2022-06-11 at 1.59.26 PM

Rekod dua perlawanan dalam di mana skuad Harimau Malaya menjaringkan gol. — Facebook

Pada 2007, Bahrian menewaskan Malaysia 4-1 sebelum seri pada Oktober tahun sama.

Pada 15 Oktober 2013, Malaysia mencatatkan keputusan seri 1-1 sebelum tewas 1-0 dalam perlawanan yang diadakan keesokan harinya.

Menerusi lima perlawanan sebelum itu juga, hanya dua orang sahaja pemain skuad negara.

Dalam perlawanan pada 2013 yang diadakan di Stadium Shah Alam, Selangor itu, satu gol dijaringkan menerusi Norshahrul Idlan Talaha.

WhatsApp Image 2022-06-11 at 4.33.46 PM

Dua pemain negara yang menjaringkan gol ketika bertemu Bahrain. — Facebook/FAM

Norshahrul Idlan pada perlawanan itu menjaringkan gol menerusi sepak jarak jauh diluar kotak penalti yang cukup cantik.

Satu lagi gol yang dijaringkan menerusi perlawanan bersama Bahrain yang diadakan di Stadium Nasional Bahrain pada 2007.

Dalam perlawanan tersebut, gol dijaringkan oleh Bunyamin Omar dan ketika itu, empat gol dijaringkan pasukan Bahrain.

Namun, Bahrain pada perlawanan kali ini cukup berhati-hati dengan skuad negara apabila cukup merahsiakan strategi mereka. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram