SETIAP orang mempunyai hobi yang berbeza, namun dalam kepelbagaian hobi yang ada ternyata wujud segelintir aktiviti pelik di dunia yang tidak terjangkau oleh fikiran.
Hobi aneh tersebut turut mendapat perhatian media, malah ada yang mendapat rekod dunia kerana kekerapan melakukan aktivit berkenaan.
Bagi merungkai hobi pelik tersebut, berikut merupakan lima hobi pelik yang dilaporkan dan menarik perhatian dunia.
1. Hobi berpura-pura mati
Chuck Lamb sering melakukan hobi peliknya dan kemudian merakam foto atau video mengenainya yang pura-pura mati. — Agensi
Chuck Lamb, lelaki berusia 47 tahun ini gemar menyamar mati. Dia sering melakukan hobi peliknya dan kemudian merakam foto atau video mengenainya yang pura-pura mati.
Hobi ini bermula sejak tahun 2005, dan dia sering berlakon mati dengan pelbagai gaya unik. Dia pernah bergambar berpura-pura dilanggar kereta, mati tertusuk dan sebagainya.
Motivasinya adalah keinginan untuk muncul dalam filem dan televisyen, yang menyebabkan dia melakukan sesuatu yang berbeza dan menjadikannya sentiasa 'bintang' dalam foto atau videonya sendiri.
2. Hobi muncul di berita
Paul Yarrow sentiasa mencari masa dan peluang untuk muncul di belakang wartawan. — Agensi
Hobi unik iaitu menjadi latar belakang siaran laporan berita ini diakukan oleh Paul Yarrow yang tinggal di London Selatan, Britan. Dia sentiasa mencari masa dan peluang untuk muncul di belakang wartawan yang melaporkan berita di lapangan.
Dia telah berjaya muncul di BBC, ITV, Channel 4 dan siaran langsung Sky News. Uniknya, dia bukan sahaja muncul di satu lokasi, tetapi dia juga mengikuti lokasi yang berbeza, lebih daripada sekali.
Pada mulanya kehadirannya tidak disedari, tetapi akhirnya kru TV mengecam lelaki itu.
3. Hobi berkongsi duit
Reed Sandridge merupakan seorang lelaki yang kehilangan pekerjaan dan menganggur tetapi suka melakukan kerja yang mulia.
Sandridge sebenarnya suka menghulurkan wang kepada penyanyi jalanan (buskers) atau gelandangan yang ditemuinya. Wang yang diagihkan adalah RM29.97 dan dia akan mencari orang yang berbeza setiap hari.
Katanya, dia tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada hobi baharunya itu, tetapi dia gembira untuk melakukannya.
Dia kemudian membuat merakam aktivitinya dan menyiarkan hobi dermawan tersebut di blognya supaya satu hari nanti seseorang akan tersentuh untuk membantu orang lain kerana mereka terinspirasi dengan apa yang dia lakukan.
4. Hobi menyaman di mahkamah
Nama Lee Riches tercatat dalam Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang paling kerap menyaman. — Agensi
Hobi Jonathan Lee Riches ini agak pelik dan tidak masuk akal. Dia suka menyaman orang lain di mahkamah dengan artikel undang-undang yang terpakai. Lazimnya, namanya tercatat di pelbagai pejabat peguam dan berjaya memasuki Buku Rekod Dunia Guinness sebagai orang yang paling kerap menyaman.
Malah, dia bukan sahaja memfailkan saman terhadap orang biasa, tetapi dia juga telah menyaman Bill Belichic, Presiden George Bush, Britney Spears, Martha Stewart, Menara Eiffel, dan sebagainya.
Setakat ini, belum ada laporan mengenai pemenuhan tuntutannya. Dia juga merancang untuk menambah bilangan kes yang didakwanya.
5. Hobi mengait bentuk 'payudara'
Hobi mengait merupakan hobi yang biasa dilakukan oleh ramai wanita. Tetapi hobi mengait yang satu ini tak terjangkau dek fikiran normal. Ia adalah Audrey Horncastle, yang tiba-tiba mengait bentuk payudara untuk anak perempuannya Rhona Emery.
Ia itu dibuat untuk membantu Rhona, yang bekerja sebagai jururawat, bagi membantu mengajar cara menyusu dan menjaga payudara buat ibu yang menyusu. Dia akan mengedarkan hasil mengait itu sebagai model untuk diberikan kepada para ibu.
Selama tiga tahun, Audrey telah berjaya mengait 100 pasang payudara. Dia juga sangat gembira untuk meneruskan hobi mengaitnya jika ada yang sudi memberinya bahan benang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram