RAMAI orang menyifatkan berkebun merupakan satu aktiviti yang membosankan, memakan masa dan rumit, namun sebenarnya, berkebun adalah hobi yang menyeronokkan dan boleh membuahkan hasil jika dilakukan secara serius.
Tambahan pula, dalam isu bekalan bahan makanan yang dikatakan bakal berdepan kekurangan, rakyat Malaysia khusunya perlu melihat kepada aktiviti berkebun sebagai alternatif untuk memenuhi keperluan makanan sendiri.
Bak kata pepatah, "Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu", yang mana setiap usaha pertanian pasti akan membuahkan hasil.
Bagi yang melihat hobi berkebun itu membosankan, ini ialah tujuh sebab mengapa anda harus mempertimbangkan berkebun sebagai hobi baharu.
1. Terapi percuma
Aktiviti dalam berkebun boleh membantu meredakan stress.
Berkebun boleh menjadi terapi diri, aktiviti dalam berkebun boleh membantu meredakan stres sebagai contoh melepaskan kemarahan semasa membajak tanah atau melihat hasil tanaman yang menghijau untuk mencari ketenangan.
Ini adalah cara yang sesuai untuk orang yang mahu menaikkan semangat mereka atau hanya ingin mencipta ruang meditasi buat diri sendiri.
2. Baik untuk kesihatan
Walaupun berkebun bukanlah aktiviti yang berat, ia masih boleh mengeluarkan peluh semasa menanam beberapa tanaman di sekitar rumah.
3. Mencantikkan ruang
Berkebun boleh dilakukan di mana-mana, seperti sekeliling rumah.
Tiada apa yang dapat menandingi daya tarikan bunga, atau daun hijau yang tumbuh subur. Berkebun boleh dilakukan di mana-mana, seperti sekeliling rumah walaupun tanpa ada tanah (akuaponik) dan ia sesuai dilakukan pada masa lapang.
4. Jimat wang
Harga sayuran di pasar lebih dari mencukupi untuk membeli sebungkus benih yang boleh membuahkan lebih banyak hasil tanaman di sekitar rumah.
Melihat kepada buah-buahan atau sayur-sayuran yang boleh dihasilkan daripada tumbuhan itu sendiri, ia sudah pasti menjimatkan kerana keperluan bahan makanan sudah tersedia di depan mata.
Tidak hanya itu, ia adalah pulangan pelaburan terbaik untuk dipertimbangkan.
5. Baik untuk alam sekitar
Lebih banyak tumbuhan yang ditanam, lebih banyak gas rumah hijau yang boleh dihasilkan untuk atmosfera.
Di samping itu, dunia akan menjadi lebih baik jika lebih ramai orang bergantung kepada kebun mereka sendiri untuk menghasilkan sumber bahan makanan.
6. Menghilangkan bosan
Berkebun mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.
Setiap hobi yang dilakukan pasti akan akan ada sesuatu untuk dilakukan.
Dalam berkebun terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan seperti menyemai dan menanam benih, menyiram, membaja serta menuai hasil.
7. Menajamkan kreativiti
Berkebun juga mempunyai cabang seni yang melibatkan landskap di rumah. Selalunya ini melibatkan kebun bunga.
Sudah pasti bila berkebun di rumah, tuan rumah akan merancang landskap yang menarik dan kreatif untuk mencantikkan lagi rumah mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram