Mengamuk di IG, Fazley Yaakob geram tiada yang bersuara isu 'body shaming'


  • Hiburan
  • Khamis, 26 Mei 2022

Fazley Yaakob mengakui budaya 'body shaming' semakin berleluasa sejak kebelakangan ini di media sosial.

PENYANYI dan pengacara, Fazley Yaakob mengakui dirinya begitu marah dengan sikap warganet yang sering melakukan body shaming atau penghinaan fizikal dalam kalangan selebriti sejak kebelakangan ini.

Menurut Fazley, bukan sahaja dirinya, malah anak dan isterinya juga sebelum ini antara yang menjadi sasaran warganet melakukan body shaming.

"Saya, isteri dan anak-anak pun pernah kena. Ada yang mengata isteri saya bila dia bertindik dan anak saya berisi.

"Lepas itu, bukan saya sahaja, rakan artis yang lain pun ada terkena. Tapi yang saya geram bila tiada orang nak bersuara mengenai perkara ini.

"Warganet ini mengikut sosial media artis untuk mengetahui perkembangan mereka tetapi janganlah buat sesuatu yang boleh melukakan hati.

"Apa yang anda tulis yang berbaur body shaming kepada selebriti dibaca oleh semua orang. Tak eloklah kalau begitu," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2022-05-26 at 5.14.00 PM

Tangkap layar teguran yang dimuat naik Fazley di akaun Instagram miliknya.

Menurut Fazley, sejak di awal pembabitannya dalam industri seni lagi memang ada yang berkata mengenai penampilan dirinya antaranya melibatkan fizikal gemuk dan muka penuh dengan jerawat.

Tetapi jelasnya, ketika itu tiada media sosial dan kata-kata itu hanya sampai kepadanya sahaja.

"Tetapi apa yang saya lakukan di media sosial itu hanyalah satu teguran kepada semua dan bukannya bermaksud saya begitu sakit hati.

"Lagipun selepas itu juga ramai yang mesej saya dan berkongsi kisah mereka. Cuma mereka orang biasa dan tiada platform untuk bersuara mengenai body shaming," katanya.

Dalam pada itu, Fazley juga memaklumkan yang dia kini sedang menyiapkan single terbaharunya bersama DJ Fuzz yang dijangka keluar lagi sebulan.

"Genre memang saya tak boleh beritahu tetapi apa yang boleh saya beritahu, lagu ini memang mengikut trend terkini dan lagunya memang ada unsur lagu-lagu yang sering dimainkan di TikTok," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram