Cekap mata netizen, kemeja Ismail Sabri jadi tumpuan


  • Tular
  • Khamis, 26 Mei 2022

Netizen 'membawang' tentang corak dan harga kemeja Ismail Sabri (kiri) ketika beliau mengadakan pertemuan dengan Hsien Loong baru-baru ini.

TATKALA Malaysia sedang mengalami kenaikan harga barang selain krisis makanan, harga kemeja yang dikenakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menjadi perhatian rakyat negara ini.

Kemeja berjenama Burberry itu dipakai ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura, TYT Lee Hsien Loong di Tokyo, Jepun pada Rabu.

Menjengah laman web Burberry, harga kemeja tersebut dicatatkan bernilai RM5,500.

Screenshot 2022-05-26 170453

Tangkap layar laman Burberry memaparkan harga kemeja yang dikenakan oleh Perdana Menteri.

Selain itu, kemeja yang bercorak abstrak dengan campuran warna hitam, putih dan biru muda itu turut menarik perhatian mata netizen.

Hal ini kerana, corak hitam putih pada bahagian atas kemeja tersebut dilihat seakan-akan menyerupai lembu New Zealand.

Gus Umar Hasibuan menulis: "Bajunya mirip sapi atau lembu."

template (82)

Tangkap layar komen netizen berhubung harga dan corak kemeja Ismail Sabri.

Zackie Yasok pula berkata, corak kemeja tersebut disifatkan pelik dan dikenakan seperti mahu pergi melancong.

"Try hard nak nampak fashionable," kata Rauza Lazir Dhom.

Sebelum ini, pereka fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie ketika ditemubual media tempatan pada 2020 berkata, majoriti rakyat menyukai imej Ismail Sabri dengan penampilan warna-warni yang ceria.

Beliau yang juga menantu Ismail Sabri berkata, fesyen tersebut menjadikannya yang ketika itu Menteri Kanan (Keselamatan) tidak dilihat sedih atau suram semasa mengadakan sidang media.

"Ada yang sanggup ternanti-nanti sidang media harian Datuk Seri terutama pada Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk melihat apakah baju yang bakal dipakai beliau," katanya.

Mengakui keperibadian Ahli Parlimen Bera itu begitu serius terutama berkaitan dengan tugasnya, Jovian mendedahkan bapa mentuanya mempunyai citarasa berbeza dari segi gaya.

"Datuk Seri suka mencuba yang baharu, very adventurous dan terbuka kepada cadangan baharu. Beliau suka kelihatan muda dan ceria serta tidak takut bermain dengan warna.

"Jujurnya, antara saya dan Datuk Seri, beliau lebih berani bermain dengan warna. Dan sebagai menantu, kami juga sering menghabiskan masa bersama.

"Apabila keluar shopping, orang pertama yang beliau akan ajak dulu adalah saya, minta temankan untuk tanya sama ada gaya itu ini sesuai dengan beliau atau tidak," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram