Wanita bertudung hina agama Islam, dedah 'aset' di TikTok


  • Benua
  • Khamis, 26 Mei 2022

Tangkap layar wanita yang tidak segan silu menunjukkan payudaranya kepada umum di TikTok.

SEORANG wanita berhijab dipercayai warga Indonesia kini menjadi tular di laman TikTok, selepas tidak segan silu menunjukkan payudaranya kepada umum.

Pengurus Besar Nahdlatul Ulama (PBNU) menyifatkan tindakan wanita itu, yang menggunakan akaun @babyca666_ atau Aulia Salsa Marpaung (ASM) sebagai suatu penghinaan terhadap ajaran Islam.

"Lebih teruk jika memakai tudung tapi dada terbuka sedikit. Ini namanya mengejek atau menghina ajaran Islam yang mewajibkan untuk menutup aurat," kata Ketua PBNU, Ahmad Fahrur Rozi atau lebih dikenli Gus Fahrur kepada pemberita pada Khamis.

Tambahnya, masyarakat harus menghormati wanita yang sudah berhijab, namun sekiranya seseorang wanita itu memakai tudung, pakaian yang dikenakan tidak boleh terdedah atau ketat.

"Istilahnya dulu 'jilboob', iaitu bertudung tetapi masih menyerlahkan lekuk payu dara.

"Ini tidak wajar dalam peraturan menutup aurat," jelasnya.

Sebelum ini, akaun ASM itu menjadi tumpuan umum selepas kandungannya dinilai kesat kerana memaparkan payudara wanita.

Rata-rata netizen mengecam perbuatan wanita yang mendedahkan payudara mereka.

Setakat Khamis, akaun ASM memuat naik beberapa video yang memaparkan wanita tersebut memakai tudung, manakala terdapat juga video yang dimuat naik menunjukkan dia tidak memakai tudung.

Namun, video yang memaparkannya tidak memakai tudung dilihat telah dipadam. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram