Gaji tinggi punca mentaliti 'buat apa main bagus, janji cukup bulan cucuk duit'


  • Podium
  • Khamis, 26 Mei 2022

Gaji yang diterima pemain haruslah setimpal dengan kualiti permainannya. — Gambar hiasan Bernama

"REALITINYA pemain di Malaysia sudah dimanjakan dengan gaji yang tinggi tetapi dipersembahkan dengan keputusan yang buruk," itu komen seorang peminat bola sepak, Tanjung Tokong.

Berkongsi di akaun Facebook Semuanya Bola Group, Tanjung berkata demikian sebagai berkongsi pandangan tentang reaksi orang ramai berhubung kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan isu penetapan gaji tinggi.

"Bila Muhammad Sanusi sebut tentang gaji overpriced (terlalu tinggi) di Malaysia ramai yang sentap.

"Kita sudah manjakan pemain Malaysia dengan gaji tinggi tetapi dipersembahkan dengan keputusan yang buruk, malah kedudukan Malaysia hanya di tangga 154 dunia," katanya.

gaji komen

Muhammad Sanusi dalam kenyataan sebelum ini mendakwa penetapan gaji tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) hingga menyebabkan banyak kelab terperangkap dengan isu tunggakan gaji ditetapkan sebuah pasukan.

Tambah Tanjung lagi, gaji pemain yang tinggi boleh menyebabkan liga dan kelab bola sepak negara hancur secara perlahan-lahan.

Katanya lagi, hal ini berikutan kelab bola sepak di Malaysia tidak mampu memenuhi permintaan pemain, malah ia juga mewujudkan mentaliti, "peduli apa aku nak main bagus, janji cukup bulan cucuk duit".

"Sebab itu ramai pemain tidak mahu bersaing di luar negara sebab sudah selesa dengan gaji di Malaysia.

"Negara Vietnam dan Thailand, mereka sudah didik mental pemain untuk naikkan lagi persembahan dan gaji mereka dengan bersaing di luar negara.

"Kamu mahu jadi bagus, kamu kena keluar. Kamu nak jadi bagus kamu harus juara dalam piala Asean atau Asia untuk dapat duit imbuhan kemenangan," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram