Bukan urusan saya kalau Teddy hidup melarat — Sule


  • Hiburan
  • Isnin, 15 Nov 2021

SULE (kanan) dan Teddy Pardiyana (kiri) yang juga suami arwah Lina Jubeidah.

SATU ketika dahulu kecoh apabila isteri kepada pelawak terkenal Indonesia, arwah Lina Jubaedah memilih untuk memutuskan hubungan dengan Sule.

Dikatakan punca penceraian akibat arwah Lina memilih untuk hidup bersama teman lelaki baharunya ketika itu iaitu Teddy Pardiyana.

Sule pada ketika itu berendam air mata dan memilih untuk berehat seketika selepas rumah tangga yang dibinanya musnah tanpa disangka.

Namun, kehidupan serba mewah pasangan Teddy Pardiyana dan arwah Lina rupanya tidak kekal lama.

Kini, Teddy dikhabarkan tinggal di sebuah pondok usang berdindingkan buluh.

Kehidupannya menjadi demikian kerana segala harta yang dimiliki arwah isterinya termasuk aset rumah berjumlah lebih setengah juta ringgit tidak jatuh ke tangannya.

Sule nyata mengetahui apa yang terjadi kepada Teddy namun menurut pelawak itu, kesusahan lelaki itu bukan lagi urusannya.

"Saya sudah tidak mempunyai sebarang urusan lagi dengan dia. Lagipun semua harta sudah dimiliki oleh anak-anak.

"Yang perlu dikasihankan sebenarnya adalah isteri saya," kata Sule yang ditemui selepas majlis pernikahan Ria Ricis dan Teuku Ryan.

Hasil perkahwinan Sule dan arwah Lina selama 20 tahun, mereka dikurniakah empat orang anak iaitu Rizky Febian yang kini seorang penyanyi terkenal.

Tiga lagi ialah Putri Delina yang turut berada dalam industri seni suara, Rizwan Fadilah dan Ferdinan Ardiansyach. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram