Pemilik kedai beri wang kepada pencuri kerana kasihan


  • Benua
  • Ahad, 14 Nov 2021

PENCURI turut meminta maaf kepada pemilik kedai dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya. — Gambar Hiasan

SEORANG pemilik kedai di Indonesia memaafkan pencuri kedainya dan memberi sedikit wang kepadanya kerana kasihan.

Kejadian berlaku di daerah Mustikajaya, Kota Bekasi sempadan Jakarta selepas pihak polis berjaya memberkas pencuri tersebut.

Pegawai penyiasat, Inspektor Polis Kedua Ahmad Harianto berkata, pihaknya menahan pelaku tidak lama selepas dia melakukan kegiatan tersebut.

“Polis Pondok Bantar menahan pencuri selepas pemilik kedai menangkapnya ketika berada di Pasar Bantargebang,” katanya kepada Kompas.

Menurutnya, pemilik kedai bertindak memaafkan pencuri selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkannya melakukan kegiatan itu sambil mendukung anaknya.

Tambahnya, pencuri turut meminta maaf kepada pemilik kedai dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Selain bersetuju untuk tidak membawa kes itu ke mahkamah, pemilik kedai itu turut memberi sedikit wang kepada pencuri itu kerana kasihan akan nasibnya.

"Betul (diberi wang). oleh sebab dia membawa anak kecil, pemilik kedai menghulurkan kepadanya duit. Mungkin kerana anak dia, kerana kasihan.

"Si ibu bekerja sebagai pengemis setiap hari, pemilik kedai memaafkan atas sebab kemanusiaan. Yang penting, dia tidak boleh mengulanginya lagi, dan wang yang diambil sudah dikembalikan kepada pemilik kedai," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram