TUNKU Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sudah melancarkan 'perang psikologi' menjelang pertemuan Johor Darul Ta'zim berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada saingan suku akhir Piala Malaysia pada Ahad.
Tunku Ismail menerusi perkongsian di Instagram miliknya memuji tindakan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menjelaskan tunggakan gaji dua bulan pemain KDA FC pada Jumaat.
"Salam Datuk, Gaji dah bayar? Bagus. Kebajikan pemain atau rakyat harus kita jaga. Well done. Jaga diri dan kesihatan.
"Kalau nak diet, call, saya ajar," ujar Tunku Ismail menerusi hantaran mesejnya kepada akaun Instagram rasmi Muhammad Sanusi.
Bagaimanapun, Muhammad Sanusi membalas kembali kenyataan tersebut di Facebook miliknya: "Hang tak pakai seluaq lagi aku main bola dah. La ni pun dok main bola lagi? diet apa diet?"
Perang psikologi yang tercetus antara Tunku Ismail dan Muhammad Sanusi. — Majoriti
Terdahulu, timbul khabar angin gaji pemain KDA FC tertunggak antara dua atau tiga bulan sekali gus memberi kesan terhadap tahap permainan pasukan tersebut.
KDA FC pernah berdepan isu tunggakan gaji selama lima bulan pada tahun lalu sebelum diselesaikan sepenuhnya pada tahun ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram