Gempar tiang elektrik terbakar di Batang Kali


  • Tular
  • Ahad, 14 Nov 2021

TANGKAP layar insiden tiang elektrik terbakar di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor pada Ahad. — Facebook

TULAR di media sosial berhubung video kejadian sebuah tiang elektrik yang terbakar di Batang Kali, Hulu Selangor, Selangor pada Ahad.

Menerusi perkongsian laman Facebook, Batang Kali Transport Services, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dan menjauhi lokasi kejadian berhampiran pusat membeli-belah Econsave.

"Bomba sampai dahulu kemudian PDRM dan TNB. Kami warga Batang Kali mengucapkan terima kasih kepada yang terlibat," ujar laman Facebook itu.

Berdasarkan beberapa komen warganet, susulan kejadian tersebut, lampu isyarat di sekitar kawasan terbabit tidak berfungsi.

Video itu ditonton oleh 6,900 kali dan menerima 168 likes.

Punca kejadian masih tidak diketahui dan pihak berkuasa belum memberikan sebarang kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Facebook, Batang Kali, TNB, PDRM, bomba, tiang elektrik