Sewa bazar Ramadan KL serendah RM400, ramai harap tiada alasan jualan cekik darah, sindiket sewa tapak 'ali baba'


  • Massa
  • Isnin, 26 Jan 2026

Peniaga di bazar Ramadan bawah seliaan DBKL semestinya berpuas hati dengan kadar baharu yang begitu berpatutan tersebut.

BERITA baik diterima penjaja yang mahu berniaga pada Ramadan sekitar Kuala Lumpur (KL) apabila sewa tapak diturunkan kepada RM400 berbanding RM500 tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh yang mengumumkan pengurangan RM100 tersebut bertujuan meringankan beban kepada peniaga kecil.

Kadar baharu berkenaan sememangnya satu harga yang begitu berpatutan kerana penjaja pernah dikenakan caj mencecah puluhan ribu ringgit untuk mendapatkan tapak di bazar bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

BACA LAGI: 'Ada gerai kosong, peniaga hantu', DBKL perlu 'reset' pusat penjaja di Kepong, Desa Tun Razak

BACA LAGI: [VIDEO] DBKL mulakan siasatan wujud 'tangan ghaib' punca populasi ikan terjejas di tasik awam

Minister in the Prime Minister’s Department (Federal Territories) Hannah Yeoh (centre) having a press conference on Ramadhan and Hari Raya bazaar in Kuala Lumpur. — LEONG WAI YEE/The Star

Hannah Yeoh mengumumkan kadar sewa tapak di bazar Ramadan sekitar KL serendah RM400.

Harga sewa terlalu tinggi itu sekali gus mendesak peniaga untuk menjual makanan atau minuman dengan kadar tinggi bagi meraih keuntungan.

Ini membuatkan ramai tidak lagi tertarik untuk berbelanja dan pada akhirnya, penjaja menjadi mangsa keadaan kerana tersepit antara kutipan jualan atau kerugian.

Jadi, dengan kadar tapak sudah diturunkan sehingga RM400, termasuk kanopi dan insurans liabiliti, pengguna mengharapkan kelainan bagi bazar Ramadan sekitar KL tahun ini.

Berdasarkan perkongsian orang ramai, masing-masing mengharapkan kelainan ketara dari segi harga jualan yang tidak boleh lagi diletakkan pada kadar tidak munasabah.

The Taman Sri Nanding Ramadan bazar is considered the largest in Dusun Tua with 84 stalls.—SHAARI CHEMAT / THESTAR

Orang ramai mengharapkan harga jualan makanan dan minuman di bazar tidak begitu membebankan.

"Sewa tapak dah murah, peniaga janganlah cekik darah naikkan harga makanan pula. Jual pada harga berpatutan, jangan fikir untung dunia sahaja," kata Mohd Ab Rahman.

"Wahai peniaga, Menteri dah beri sewa murah. Harapnya, kamu pun jual dengan harga murah sedikit dari dahulu, sudah pasti pelanggan akan bertambah ramai," kata Asmon Sadio.

Dalam pada itu, ada pula pengguna media sosial mengingatkan DBKL supaya lebih aktif dalam memantau aktiviti perniagaan di mana-mana bazar Ramadan bawah seliaannya.

Ini kerana terdapat risiko sesetengah individu mengambil kesempatan dengan menjual lesen tapak dengan harga lebih tinggi yang jelas melanggar undang-undang.

.

Sesetengah pihak bertindak menyewakan tapak kepada peniaga lain dengan harga lebih tinggi.

"Harap DBKL pantau bazar Ramadan setiap masa, elakkan peniaga jual tapak kepada pihak lain, iaitu jual atas jual untuk raih keuntungan," kata Mior Shamsuddin.

"Sewa dibuka pada kadar RM400, tetapi apabila terima kepada penama tapak boleh jadi RM1,000. Ini kerana mereka tidak berniaga pun, ambil tapak kemudian disewakan kepada orang lain," kata Alhakim Jamaluddin.

Kegiatan sebegitu tidak lagi asing dalam landskap perniagaan di bazar kerana sesetengah pihak mahu mengenakan caj tinggi kepada mana-mana peniaga yang gagal meraih tapak penjualan.

Tindakan proaktif daripada DBKL dilihat mampu menyelesaikan hal itu dengan harapan setiap peniaga dapat menjalankan aktiviti penjualan tanpa tekanan dan secara sama rata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram