Era berniaga sebulan, untung setahun dah kurang relevan, peniaga kena tukar strategi bisnes bazar Ramadan


  • Bisnes
  • Isnin, 05 Jan 2026

Peniaga yang benar-benar menawarkan nilai terbaik akan terus menjadi pilihan pengguna. — Gambar hiasan/FAIHAN GHANI/The Star

MENJELANG Ramadan yang semakin hampir, peniaga makanan dan minuman mula rancak mencari peluang berniaga di bazar Ramadan, festival makanan serta pelbagai acara bermusim.

Namun, dalam keterujaan mengejar jualan, peniaga diingatkan agar lebih berdisiplin mengurus kos dan tidak terperangkap dengan strategi lama yang sudah tidak lagi relevan dengan keadaan pasaran semasa.

Seorang usahawan, Hanif Marzuki menerusi satu perkongsian di Threads memberitahu, antara isu utama yang sering dibangkitkan setiap tahun ialah harga tapak niaga yang tinggi.

BACA LAGI: Lambakan 'food fest' hilangkan 'hype', ramai peniaga anggap kos tapak mahal tak balik modal

BACA LAGI: 'Kami bukan pemilik bisnes', pekerja 'makan gaji' terkejut terima notis bayaran cukai CP500

Family shopping for upcoming Hari Raya celebration at Bazar Aidilfitri Lorong TAR, Kuala Lumpur. — FAIHAN GHANI/The Star

Orang ramai membeli-belah di Jalan TAR, Kuala Lumpur untuk membeli persiapan Hari Raya. — Gambar hiasan FAIHAN GHANI/The Star

Menurutnya, kadar sewaan yang melambung bukan sahaja menekan peniaga kecil, malah memaksa mereka menaikkan harga makanan.

Akibatnya, beban tersebut akhirnya ditanggung pengguna yang kini semakin berhati-hati berbelanja susulan peningkatan kos sara hidup.

Tindakan menaikkan harga tanpa nilai tambah berisiko menyebabkan pelanggan beralih kepada peniaga lain.

Dengan jumlah peniaga yang semakin ramai dan menu yang hampir serupa, pengguna kini mempunyai lebih banyak pilihan dan kuasa membuat keputusan.

"Dalam masa sama, peniaga yang menyertai bazar atau festival semata-mata untuk tujuan penjenamaan (branding) juga perlu sedar akan realiti kos," kata Hanif Marzuki.

Katanya lagi, penjenamaan memerlukan modal dan selalunya tidak memberi pulangan segera.

Oleh itu, peniaga perlu bersedia menghadapi kemungkinan kerugian jangka pendek dan tidak mengharapkan keuntungan besar dalam tempoh singkat.

Bagi peniaga yang berhasrat untuk mengembangkan perniagaan, keupayaan mengurus kos melalui economies of scale menjadi faktor penting.

Tanpa sistem operasi yang cekap, pembelian bahan mentah secara pukal dan aliran kerja yang tersusun, sebarang usaha pengembangan hanya akan meningkatkan risiko kerugian.

Realitinya, konsep lama 'berniaga sebulan untuk makan setahun' dilihat semakin tidak praktikal dan kurang relevan.

Persaingan yang tinggi, kuasa beli pengguna yang terhad serta perubahan corak perbelanjaan menjadikan pasaran lebih mencabar berbanding sebelum ini.

Sehubungan itu, peniaga disaran untuk memfokuskan kualiti, harga berpatutan dan kecekapan operasi, bukannya semata-mata bergantung kepada musim Ramadan untuk menjana keuntungan besar.

Dalam pasaran yang semakin kompetitif, hanya peniaga yang benar-benar menawarkan nilai terbaik akan terus menjadi pilihan pengguna.

Kesimpulannya, dalam era beli-belah digital, kemahiran menggunakan kata kunci yang tepat boleh memberi penjimatan besar kepada pengguna.

Pemahaman terhadap cara algoritma berfungsi kini menjadi satu kelebihan penting kepada pembeli yang ingin berbelanja dengan lebih bijak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram