Diuji jaga ibu sakit sampai 'digantung' sekolah, guru kongsi pengalaman pentingnya miliki sifat simpati dan empati


  • Massa
  • Khamis, 27 Nov 2025

Kisah dikongsikan guru tersebut menyentuh hati pengguna media sosial lain yang pernah berada dalam situasi sama. — Gambar hiasan

SERING kali kita mendengar kisah menyayat hati apabila murid tidak dapat memberi perhatian atau komitmen penuh di dalam kelas kerana diuji hebat.

Hal yang sering diceritakan adalah bagaimana ahli keluarga mereka berdepan masalah seperti isu kesihatan sehingga memerlukan penjagaan rapi.

Cabaran sebegitulah yang dihadapi pengguna Facebook, Nad Masrom ketika masih bergelar seorang murid apabila perlu menjaga ibunya.

BACA LAGI: 'Macam tetamu kehormat', guru baharu disambut meriah pelajar di jeti pedalaman Sarawak

BACA LAGI: Lebih 300 guru-pelajar diculik, kes kedua dalam tempoh seminggu di Nigeria

Perkongsian Nad Masrom yang menceritakan bagaimana dirinya diuji semasa berada di bangku persekolahan.

Bagaimanapun, situasi sedemikian secara tidak langsung mengajarnya untuk menanam sifat simpati, terutamanya setelah bergelar warga pendidik.

Perkongsian tersebut dibuat menerusi satu komen kepada Cikgu Misai di laman Threads di mana Nad Masrom menceritakan dugaan yang pernah dihadapinya dahulu.

"Saya dahulu pernah digantung sekolah sebab jaga mak sakit. Silap saya, lupa nak buat surat dan saya juga pernah didenda berdiri satu jam sebab kawan guna nama saya kononnya pinjam buku dia tetapi tak pulangkan sewaktu jaga ibu sakit.

"Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), mak dan ayah saya meninggal. Cikgu-cikgu peluk saya sedih. Saya berada dalam kelompok 20 teratas walaupun banyak tertinggal kelas. Rezeki diterima ke matrikulasi dan universiti. Selepas itu, saya jadi cikgu dan lebih memahami murid yang seperti saya dahulu," katanya.

Teacher Amy Mistika Salim, better known as Cikgu Orked, sharing her experience teaching a very shy student at SMK Kiaramas, Kuala Lumpur, on 23 May 2019. RAJA FAISAL HISHAN/The Star

Seorang guru perlu mempunyai sifat simpati dalam membantu murid-murid. Gambar hiasan

Daripada perkongsian itu, orang ramai dapat memahami bahawa seorang warga pendidik perlu bersifat simpati kerana terdapat kemungkinan anak murid berdepan cabaran, namun enggan meluahkannya.

Perasaan sedemikian pada akhirnya boleh menyuntik semangat buat pelajar yang pasti akan bersemangat untuk memberi usaha terbaik setiap kali di dalam bilik darjah.

Kisah itu kemudiannya dikongsikan pemilik akaun Threads itu di laman Facebook peribadinya dengan harapan lebih ramai dapat menanam sifat simpati dalam diri.

Malah, ia turut menerima sambutan menggalakkan apabila pengguna media sosial lain turut berkongsi kisah menyentuh hati masing-masing  yang pernah mengalami ujian sedemikian. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram