[VIDEO] 'Saya buat gaji setahun cikgu dalam masa sebulan', Dr Malar 'sekolahkan’ individu riak tiada SPM


  • Massa
  • Isnin, 17 Nov 2025

Dr. Malar menegaskan kepentingan ilmu asas di sekolah dan peranan guru dalam membentuk struktur kehidupan yang stabil.

JIKA dahulu pepatah 'menuntut ilmu biar sampai ke negeri Cina' menjadi panduan untuk jangan pernah berhenti menuntut ilmu, walaupun terpaksa pergi sejauh mana pun.

Bagaimanapun, semakin dunia berjalan mengikut perederan semasa, ilmu lagi-lagi dalam konteks pembelajaran di sekolah semakin dipandang enteng oleh sebahagian masyarakat terutama kelompok Gen-Z.

Ideologi pembelajaran di peringkat sekolah tidak penting semakin ditanam dalam minda generasi muda dengan mereka dipengaruh bahawa sijil diperoleh di institusi pendidikan tidak mendatangkan keuntungan lumayan. 

BACA LAGI: 'Penatnya interviu fresh grad', Dr. Malar seloroh graduan perlu masuk kelas sebelum hadiri temu duga

BACA LAGI: Ibu disaran 'ikat' lepas 3 kali jalani caesarean, ini penjelasan Dr. Malar

Seperti sebuah video tular yang sedang menjadi perbincangan warganet, apabila seorang pengguna TikTok, Adam Charlie memuat naik video seolah-olah merendahkan pendidikan di peringkat sekolah menengah.

Dalam video tersebut, lelaki itu mendakwa mampu memperoleh jumlah pendapatan setara gaji tahunan seorang guru hanya dalam tempoh sebulan, meskipun tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Malas belajar tiada masa depan. Sorry cikgu. Saya buat gaji setahun cikgu dalam masa sebulan. Salam dari budak tiada SPM," kata lelaki berkenaan yang seolah-olah bangga tidak menghabiskan pelajarannya di peringkat sekolah. 

Hantaran kontroversi itu turut menarik perhatian doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan apabila beliau tampil menegaskan kepentingan ilmu asas di sekolah dan peranan guru dalam membentuk struktur kehidupan yang stabil.

Menurut Dr. Malar, pendidikan yang dimaksudkan oleh guru bukan sekadar mengenai gaji atau kemewahan, sebaliknya merangkumi aspek-aspek lebih penting untuk masa depan seseorang.

"'Masa depan' yang cikgu maksudkan itu bukan gaji atau duit tau dik!

"Masa depan yang cikgu maksudkan adalah 1) stability 2) security 3) adab 4) bakti dan khidmat kepada masyarakat dan pahala amalan baik darinya 5) kesihatan 6) rakan dan pasangan yang sama baik adabnya 7) hari tua yang baik baik dan blessed dari saving/pencen/KWSP 8) hidup yang simple dan mati yang tenang," katanya 

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pendidik yang selama ini tidak jemu mengingatkan pelajar tentang kepentingan ilmu dan nilai adab sejak di bangku sekolah.

"Terima kasih kepada cikgu yang ingatkan kita semua di bangku sekolah dulu," jelasnya. 

Video itu mencetuskan perdebatan luas dengan ramai menyuarakan kebimbangan terhadap normalisasi pemikiran yang memandang rendah pendidikan formal, selain mengingatkan bahawa kejayaan bukan sekadar diukur melalui jumlah pendapatan semata-mata. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram