SEKIRANYA disebut sahaja perkataan 'hospital', orang ramai pasti akan terfikir mengenai doktor atau pakar perubatan yang menjadi tunjang kepada tugasan memulihkan pesakit.
Namun, kita sering melupakan khidmat dan kelibat petugas kesihatan lain, termasuk jururawat yang selalunya lebih sibuk daripada yang lain.
Selain perlu membantu doktor menjaga pesakit, mereka turut memikul peranan penting dalam memberi penjagaan rapi buat pesakit yang ditahan di wad.
BACA LAGI: Jururawat muda selamatkan nyawa pramugari MAS
Menyedari sumbangan besar itu, pujian lantas diberikan menerusi hantaran di akaun Facebook Hariz Ridhauddin yang faham akan sukarnya tugasan seorang jururawat.
Jelasnya, ramai berpandangan petugas kesihatan itu hanya memberi ubat-ubatan dan mengukur tekanan darah, tetapi pemikiran sebegitu sebenarnya kurang tepat.
"Cuba kau duduk sekejap dalam dunia mereka. Dunia yang bermula sebelum matahari naik dan kadang-kadang tak berakhir walaupun jam dah masuk tengah malam.
"Dunia yang tiada 'aku penat', tiada 'aku nak berehat', kerana kalau misi berhenti, ada nyawa yang tak terjaga. Kadang-kadang mereka masuk shift dengan badan sendiri demam, tapi tak boleh cuti," tulisnya.

Orang ramai tidak menyedari betapa pentingnya tugas seorang jururawat dalam dunia kesihatan. — Gambar hiasan
Pandangan itu diberikan selepas pemilik akaun berkenaan menyedari bebanan dipikul jururawat yang tidak sempat berehat kerana kesibukan kerja.
Tidak terhenti di situ, ujian dihadapi jururawat merangkumi kesukaran berdepan emosi pesakit yang kadang-kala berlembut dan ada pasa masanya bersikap keras kepala.
"Tetap basuh badan pesakit yang tak mampu kawal diri, tetap tukar pampers pesakit yang dah berusia, tetap lap muntah yang memercik dan tetap senyum walaupun hati sendiri koyak.
"Saya duduk 12 jam di Zon Merah, 72 jam di Zon Kuning. Aku lihat macam-macam, tetapi setiap kali aku tengok misi, aku terfikir, 'songkok mana, mahkota mana, pingat mana yang layak untuk kerja seikhlas ini?'
"Kerja yang orang tak nampak, tak pernah viral, tak pernah cukup dihargai. Kerja yang orang selalu pandang sebelah mata tetapi kalau seorang misi tak ada, rasalah dunia tanpa mereka," tulisnya lagi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
