KRISIS pemain warisan yang melanda bola sepak tanah air kini menjadi antara skandal terbesar dalam sejarah sukan itu, apabila pelbagai pihak terpalit dan berdepan hukuman daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Antara yang terkesan apabila tujuh pemain warisan berkenaan dikenakan apabila FIFA memberi hukuman penggantungan 12 bulan daripada bermain bola sepak dan denda CHF2,000 (RM10,560).
Tujuh pemain warisan yang dikenakan hukuman itu termasuk Facundo Garces Gabriel Palmero, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Rodrigo Holgado.
BACA LAGI: Gaji, faedah Holgado disekat America de Cali selama 12 bulan, lapor media Colombia
BACA LAGI: Isu dokumentasi: Rodrigo Holgado mohon cuti tanpa gaji — America de Cali
Hukuman itu menyaksikan ada di antara pemain seperti Garces yang bermain di saingan La Liga bersama Deportivo Alaves disisihkan dan kini bernilai €1 juta (RM4.94 juta) berbanding €2 juta (RM9.88 juta) sebelum ini.
Ketika penyokong pemain warisan berkenaan 'meratib' menunggu kepulangan Garces dalam pasukan, lain pula cerita yang dialami Holgado apabila kehilangannya ibarat membawa hikmah buat pasukan.
Penyokong America De Cali berkongsi kegembiraan mereka di media sosial apabila kelab Colombia berkenaan kini berada di prestasi terbaik tanpa Holgado dengan mencatat lima kemenangan, satu seri dan satu kalah.
"Semakin besar dan hebatlah figura pasukan kebangsaan Malaysia terima kasih atas segalanya Malaysia," kata penyokong America De Cali, Manotas yang seolah-olah berbunyi sarkastik dengan keadaan menimpa bola sepak tanah air.
Cada vez se agiganta más la figura de la selección Malasia, gracias por tanto @Malasia https://t.co/4uawOZaWL3
— Manotas(@manotismo12) October 25, 2025
Walaupun tidak menyebut nama Holgado secara langsung, namun penyerang berusia 30 tahun sebelum ini mendapat kritikan hebat daripada penyokong dek prestasi atas padang yang kurang memberangsangkan.
Sebelum ini, Majoriti melaporkan Holgado mengalami kemelut prestasi selepas hampir empat bulan tidak menjaringkan gol apabila kali terakhir dia meledak gol adalah pada 28 April lepas ketika bertemu seteru tradisi, Deportivo Cali.
Sejak tidak mencetak sebarang gol sejak perlawanan itu, penyokong America de Cali juga seolah-olah meletakkan kesalahan di bahu Holgado dek penurunan kedudukan yang sedang menimpa pasukan itu.
Berdasarkan carta kedudukan America de Cali bagi saingan Categoria Primera A Clausura, pasukan bimbingan Diego Raimondi kini berada pada tangga kedua dengan mengumpul sembilan mata berbanding sebelum ini di kedudukan terbawah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram
