Indonesia selangkah gagal ke Piala Dunia, tidak hormati STY dianggap ‘karma’ fans Sang Garuda


  • Podium
  • Khamis, 09 Okt 2025

Indonesia tewas 2-3 kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2026. — Agensi

KEKALAHAN tipis 2-3 kepada Arab Saudi dalam aksi pembukaan Kumpulan B Kelayakan Piala Dunia 2026 pusingan keempat zon Asia yang berlangsung Khamis menjadikan laluan skuad kebangsaan Indonesia ke Piala Dunia 2026 semakin sukar.

Keputusan itu hampir menutup peluang pasukan bimbingan Patrick Kluivert untuk layak secara automatik dengan kini segala harapan tertumpu kepada aksi terakhir menentang Iraq, perlawanan yang akan menentukan nasib akhir skuad Garuda.

Setakat ini, enam pasukan Asia sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2026 iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia, Iran, Jordan dan Uzbekistan, manakala satu lagi slot tambahan boleh direbut melalui playoff antara benua pada Mac depan.

BACA LAGI: Skandal pemain warisan: Indonesia nafi terlibat dalam sekatan FIFA terhadap FAM

BACA LAGI: Bukan Jordi Amat, tetapi 'wonderkid Garuda Merah' pemain Indonesia pertama sarung jersi JDT

Kekalahan berkenaan jelas menimbulkan kekecewaaan penyokong Indonesia dengan mereka seolah-olah meletakkan kesalahan di tangan Kluivert sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Indonesia.

Dalam masa sama, sebahagian penyokong skuad Garuda juga melihat kekalahan tersebut merupakan 'hukuman' kepada barisan pengurusan yang sebelum ini membuang Shin Tae-young walaupun dia membawa Indonesia ke satu tahap lebih baik.

"Kesilapan terburuk dalam sejarah adalah karma setelah STY (Shin Tae-yong) dipecat secara tidak hormat oleh Erick Thohir," kata penyokong Indonesia, Almax Photography.

"Bubar saja pasukan. Gara-gara STY digantikan dengan Kluivert makin rosak pasukan," tambah penyokong bola sepak Indonesia, Octabid.

"Kembalikan STY atau para pengurus Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) sahaja kerana mereka tidak bagu dalam menguruskan bola sepak kebangsaan," pendapat pengikut skuad Sang Garuda, Itisasep.

Tae-yong kini merupakan pengendali Ulsan Hyundai. — Agensi

Tae-yong dipecat selepas dianggap tidak memenuhi sasaran yang ditetapkan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026 dan dia akhirnya digantikan dengan bekas pemain skuad antarabangsa Belanda iaitu Kluivert.

Bagaimanapun, kehilangan Tae-yong sebagai pengendali skuad kebangsaan Indonesia masih dirindui lagi-lagi jurulatih kelahiran Korea Selatan itu merupakan individu membantu kedudukan Indonesia meningkat berterusan.

Selain itu, Tae-yong yang kini membimbing Ulsan Hyundai juga berjaya membawa skuad kebangsaan Indonesia mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram