
TERENGGANU FC (TFC) terus membuktikan status sebagai ‘Raja Pantai Timur’ sejak kebelakangan ini apabila konsisten meraih mata penting sekali gus jauh meninggalkan negeri jiran mereka, Kelantan The Real Warriors (KTRW).
Manakan tidak, sejak dari 2016 lagi sekiranya kedua-dua pasukan itu bertembung, skuad Sang Penyu seperti mempunyai auranya yang tersendiri membelasah Kijang Emas.
Malah pada aksi perlawanan ada Jumaat, skuad bimbingan Badrul Afzan Razali mempamerkan aksi bertenaga di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin apabila menundukkan TRW 4-1 dalam saingan Liga Super, sekali gus mengukuhkan kedudukan di kelompok teratas liga.
BACA LAGI : Isu dokumentasi: Rodrigo Holgado mohon cuti tanpa gaji — America de Cali
BACA LAGI : ‘Malapetaka menanti Sabah FC jika masih kekal dengan strategi lapuk berdepan Kuching City’
Walaupun tidak bergelar juara saban musim, konsistensi skuad Sang Penyu dalam saingan liga dan piala domestik sudah cukup membuktikan mereka berada pada landasan tepat berbanding pasukan E Elavarasan yang terus tenggelam dengan pelbagai isu dalaman.
Berdasarkan rekod, TFC yang menduduki carta ketiga Liga Super memiliki struktur pasukan lebih tersusun dengan rangka skuad yang stabil sejak beberapa musim.
TFC yang menduduki carta ketiga Liga Super memiliki struktur pasukan lebih tersusun dengan rangka skuad yang stabil sejak beberapa musim.
Kelebihan itu digunakan Badrul Afzan untuk membentuk identiti jelas buat skuad Sang Penyu.
Falsafah permainan pantas serta penguasaan bola yang diterapkan kekal konsisten dan menjadi tunjang kekuatan Sang Penyu.
Lebih menarik, Badrul Afzan dilihat benar-benar mengenali karakter pemainnya.
Hasil daripada pemerhatian dan kefahaman mendalam, dia mampu menyesuaikan taktikal mengikut situasi tanpa menjejaskan DNA permainan TFC.
Faktor inilah yang membolehkan pasukan terus kompetitif, meskipun berdepan pasukan besar seperti Johor Darul Ta’zim (JDT).
Jika dibandingkan dengan KTRW, situasinya jauh berbeza.
Jurulatih mereka sering bertukar saban musim, menyebabkan falsafah dan corak permainan tidak pernah stabil.
Ketiadaan kesinambungan ini bukan sahaja melemahkan persefahaman pemain di padang, malah menjejaskan usaha Elavarasan membentuk identiti kukuh buat pasukannya.
TRW dilihat masih tenggelam dengan masalah dalaman terutama kestabilan pengurusan selain kerap menukar jurulatih dan barisan pemain.
Hakikatnya, kestabilan pada posisi jurulatih menjadi titik pemisah antara TFC dan KTRW.
Badrul mungkin baharu di bangku kejurulatihan utama, tetapi konsistensi serta keserasian dengan pemainnya sudah cukup untuk mengekalkan Terengganu sebagai kuasa Pantai Timur.
TRW pula perlu terlebih dahulu menyelesaikan isu pengurusan dan mengekalkan jurulatih jika mahu menyaingi seteru tradisi mereka.
Selain itu, Terengganu berjaya membentuk dasar pembangunan pemain muda yang kukuh, memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di pentas tertinggi bola sepak Malaysia sejak berapa musim lalu.
Paling ketara, pembangunan pemain muda melalui Akademi TFC mula membuahkan hasil apabila beberapa bakat baharu seperti Azziq Zahazani, Khala'if Naskam dan Nazul Izamil tampil menyerlah dan mampu mengisi slot utama.
Malah pada tahun ini, Terengganu Football Club Sdn. Bhd. (TFCSB) terus melangkah ke hadapan apabila mengadakan pertemuan strategik bersama pengurusan kelab gergasi Indonesia, Persija Jakarta, di ibu negara republik itu baru-baru ini.
Elavarasan perlu membentuk identiti kukuh buat pasukan KTRW.
Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah pembangunan bakat muda, pertukaran kepakaran kejurulatihan, penganjuran perlawanan persahabatan antarabangsa, serta peluang komersial yang berpotensi memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak.
Sebaliknya, TRW dilihat masih tenggelam dengan masalah dalaman terutama kestabilan pengurusan selain kerap menukar jurulatih dan barisan pemain.
Keadaan itu menyukarkan mereka membentuk identiti permainan sebenar, sekali gus terus ketinggalan di belakang musuh setempat.
Untuk rekod, Kelantan The Real Warrior adalah pasukan yang dijenamakan semula daripada nama lama iaitu Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang beraksi dalam saingan Liga Super musim lalu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram