Didakwa punca bebankan kelab, sudah tiba masa Holgado cari kelab baharu di Asia


  • Podium
  • Selasa, 16 Sep 2025

Setakat 74 perlawanan diturunkan, Holgado sudah mencetak 18 gol dan lima bantuan jaringan untuk America de Cali. — Instagram/Holgado

PRESTASI penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado berada dalam keadaan kurang memberangsangkan selepas gagal meledak sebarang gol dalam aksi kompetitif sama ada dengan skuad kebangsaan mahupun dengan kelabnya.

Bersama pasukan bimbingan Peter Cklamovski, Holgado hanya menjaringkan satu gol iaitu ketika mewakili pasukan kebangsaan pada aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Vietnam dua bulan lalu.

Manakala, di peringkat kelab bersama kelab Colombia diwakilinya iaitu America de Cali pula menyaksikan pemain berusia 30 tahun berkenaan mengalami kemelut prestasi selepas hampir empat bulan tidak menjaringkan gol.

BACA LAGI: ‘Harimau Malaya sibuk’, ada misi lebih penting punca Malaysia tidak diuji Uruguay

BACA LAGI: [VIDEO] Richard Chin kongsi dirinya Muslim sebelum debut Harimau Malaya, lebih tenang selepas lafaz Syahadah

Berdasarkan statistik laman sukan antarabangsa, kali terakhir pemain kelahiran Argentina berkenaan meledak gol adalah pada 28 April lepas ketika bertemu seteru tradisi, Deportivo Cali.

Selain tidak mencetak sebarang gol sejak perlawanan itu, penyokong America de Cali juga seolah-olah meletakkan kesalahan di bahu Holgado dek penurunan kedudukan yang sedang menimpa pasukan itu.

"Kalau dia tak mahu berada di Amerika, maka pergilah, sepatutnya sudah lama dia pergi," kata penyokong pasukan itu, Sebastian Truijilo.

"Sejak hari dia tidak menunjukkan permainan yang baik final, dia sepatutnya angkat kaki," salah seorang penyokong America de Cali, Giancarlo Hio.

 

 

Berdasarkan carta kedudukan America de Cali bagi saingan Categoria Primera A Clausura, pasukan bimbingan Diego Raimondi berkenaan berada pada tangga terbawah dengan hanya mengumpul enam mata daripada sembilan perlawanan diharungi.

Sekiranya, kemarahan penyolong America de Cali masih tidak luntur terhadap Holgado, sudah waktunya pemain kebangsaan berkenaan memikirkan untuk berhijrah ke kelab baharu atau mungkin bermain di Asia.

Penghijrahannya ke mana-mana kelab di Asia juga memudahkan pergerakannya sekiranya menyertai kem skuad kebangsaan susulan sebelum ini Holgado perlu Holgado menempuhi 30 jam perjalanan untuk tiba di tanah air.

 

 

Sebelum ini, pemain berketinggian 1.80 meter berkenaan turut dikaitkan menyertai kelab Argentina, Talleres de Cordoba yang dikendalikan oleh legenda Manchester City iaitu Carlos Tevez.

Satu lagi kelab Argentina, Gimnasia La Plata turut dilaporkan mahu menandatangani khidmat Holgado pada Julai lepas sebelum pemain kebangsaan itu memilih untuk menghormati kontraknya bersama America de Cali. — Majoriti 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram