Tinggi lebih kurang Garces, Nafuzi Zain patut panggil ‘ex tanker’ JDT IV, bukan yang suam-suam kuku


  • Podium
  • Khamis, 11 Sep 2025

Paarven merupakan salah satu tonggak penting JDT IV pada Piala Belia musim lalu. — Instagram Paarven

KEGAGALAN skuad bawah 23 (B-23) kebangsaan mara ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 di Riyadh, Arab Saudi mungkin mengecewakan, namun ia dianggap sebagai pengalaman berharga buat ketua jurulatih, Nafuzi Zain.

Menurutnya pengendali kelahiran Kelantan itu, aksi kelayakan di Bangkok menjadi titik penting untuk memperkukuh pasukan menjelang cabaran lebih besar iaitu Sukan SEA di Thailand pada Disember ini.

Pasukan bimbingan Nafuzi menutup kempen Kumpulan F dengan kekalahan 1-2 di tangan tuan rumah, Thailand selepas sebelumnya berdepan Lubnan (0-1) dan menang besar 7-0 ke atas Mongolia.

BACA LAGI: [VIDEO] Cukuplah salahkan Nafuzi, kurang minit di Liga Super punca Harimau Muda gagal ke Piala Asia B-23

BACA LAGI: Bintang Selangor, TFC ketuai cabaran Harimau Muda di Piala Asia B23

Tidak mahu terlalu terbawa-bawa dengan kekalahan itu, Nafuzi kini perlu memberi fokus sepenuhnya kepada persediaan Sukan SEA berikutan temasya itu akan berlangsung kira-kira tiga bulan lagi.

Antara yang boleh dinilai semula Nafuzi untuk Sukan SEA nanti ialah pemilihan pemain berikutan terdapat beberapa 'ubi muda' tidak memenuhi standard kualiti diperlukan ketika aksi kelayakan tempoh hari.

Melihat kepada kualiti pemain itu, sebuah laman penyokong bola sepak domestik iaitu Bikem Studio mencadangkan agar Nafuzi cuba menggunakan khidmat bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) IV, Paarven Waran.

Pemain Malaysia-Australia tersebut merupakan salah satu tonggak penting JDT IV pada Piala Belia musim lalu dan sumbangan Paarven dapat membantu pasukan berkenaan merangkul kejuaraan.

"Untuk Sukan Sea 2025 nanti, coach Nafuzi boleh cuba panggil Paarveen Waran. Kehadiran Paarveen mampu memperkukuhkan lagi bahagian pertahanan kita. Kalau tengok size fizikal Paarveen ni memang padu. Tinggi 1.92 Meter. Lebih kurang tinggi Garces (Facundo).

"Kalau dia fokus build up muscle auto jadi 'tanker'. Tiada alasan untuk coach Nafuzi untuk tak memanggil Paarveen. Ini yang bagus tolak ke tepi, yang tahap suam-suam kuku yang dipilih. Pelik," kata laman penyokong itu.

Paarven Waran (kiri) mahu mencipta nama di Portugal. — Instagram Paarven

Untuk info, pemain berusia 18 tahun itu kini sudah menandatangani kontrak dengan pasukan Divisyen Dua Portugal FC Vizela pada 3 Ogos lepas dan akan menyertai skuad Bawah 19 tahun mereka.

Walaupun pemain berketinggian 1.92 meter itu tidak akan beraksi dalam liga senior buat masa ini, pasukan baharu Paarveen bukan calang-calang kerana pasukan Bawah 19 tahun Vizela telah dinobatkan sebagai juara kebangsaan Divisyen Kedua musim lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram