AKHIRNYA persoalan mengenai kapten pasukan Harimau Muda terjawab selepas pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal dilantik untuk memakai lilitan 'armband' bagi saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B23).
Menerusi perkongsian pemerhati sukan, Fadhirul Shuhaimi dalam laman X miliknya, Harith Haiqal dan Ubaidullah Shamsul diberi tanggungjawab untuk menggalas lilitan kapten.
"Mukhairi Ajmal bakal galas tanggungjawab selaku kapten Malaysia di kempen Piala Asia B23 Qatar 2024.
"Selain Mukhairi, tonggak pertahanan Harith Haiqal dan Ubaidullah Shamsul turut diletakkan dalam senarai kapten yang bakal bawa cabaran Malaysia kali ini," ciapnya.
BACA LAGI: Selepas meratib soal gaji, Mat Yo kini sah bersama KL City
Mukhairi (kanan) dilantik menjadi kapten semasa perlawanan persahabatan menentang Qatar B23 baru-baru ini. — Facebook/FAM
BACA LAGI: Hanya guna 5 pemain import, pemilik Kedah jawab status Mat Don
Skuad Harimau Muda hadir ke Qatar dengan tempang selepas beberapa pemain utama mengalami kecederaan sehingga memaksa ketua jurulatih, Juan Torres Garrido menyingkirkan Rahadiazli Rahalim, Azam Azmi Murad, V. Ruventhiran dan Richard Chin.
Anak-anak buah Juan Torres di undi dalam Kumpulan D bersama Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait yang akan memulakan cabaran pada 18 April (Khamis) ini.
Negara jiran, Indonesia sudah memulakan perlawanan pertama pada Isnin menentang tuan rumah, Qatar apabila mereka tewas dengan keputusan 0-2 dalam aksi pembukaan.
Dalam perlawanan itu, dua pemain Sang Garuda dilayangkan kad merah sekali gus menyukarkan mereka itu memberi tentangan buat tuan rumah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram