Apalah guna ada padang diiktiraf FIFA tapi Sri Pahang tidak 'bernyawa' — Penyokong


  • Podium
  • Sabtu, 02 Ogos 2025

Padang Stadium Darul Makmur kini memperoleh pengiktirafan FIFA.

NEGERI Pahang mencatatkan sejarah apabila fasiliti sukannya, Stadium Darul Makmur di Kuantan mendapat pengiktirafan  Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pengiktirafan itu hadir oleh FIFA selepas stadium tersebut menggunakan rumput asli secara keseluruhan dan ia adalah yang pertama di negara ini.

Pada Ahad, sebuah majlis perasmian padang baharu Stadium Darul Makmur diadakan dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka akan meraikannya.

BACA LAGI: 'Saya akan terus menyokong’, Presiden KRW letak jawatan sebelum sempat kelab turun beraksi

BACA LAGI: Kim Pan-gon berkeras enggan tinggalkan Ulsan HD walaupun bekas jurulatih Indonesia sedia jadi pengganti

Detik bersejarah untuk negeri Pahang itu bagaimana pun dibayangi oleh ketiadaan kelab bola sepak yang mewakili mereka.

Rata-rata penyokong melihat tiada gunanya padang Darul Makmur diiktiraf oleh badan induk bola sepak dunia jika Sri Pahang FC tidak beraksi.

Sri Pahang, seperti yang semua tahu tidak lagi beraksi kerana isu kewangan yang buruk melanda kelab.

“Padang lawa dah, pasukan pula tak ada,” ujar penyokong bernama Saiful Helmi.

“Tak ada makna kalau padang diiktiraf FIFA kalau Sri Pahang tak ada,” komen Suhaimi Othman.

“Kita sokong padang terbaik. Tapi tahun ni tak dapat saksikan perlawanan Liga Super. Harapnya Sri Pahang kembali ke kancah bola sepak negara,” kata Busu Harun. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram