
BELUM sempat beraksi buat pertama kali secara kompetitif, Kelantan Red Warrior (KRW) berdepan dugaan apabila presidennya, Nik Hafiz Naim Nik Hassan meletakkan jawatan.
Dalam kenyataan pada Sabtu, Nik Hafiz meninggalkan kelab itu dengan KRW masih belum beraksi dalam Liga A1 dengan mereka turut terpalit isu kekeliruan identiti dengan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).
"Saya, Nik Hafiz Naim Nik Hassan dengan ini mengundurkan diri dari jawatan Presiden Kelantan Red Warrior FC," ujarnya.
BACA LAGI: Ex TFC-Perak wajar bawa diri ke Singapura lepas buat 'resume' cari kelab baharu
"Terima kasih kepada Irfan Bakti atas kepercayaan kepada kelab ini. Walaupun beliau sudah bersara dari arena bola sepak, beliau kembali hanya kerana Kelantan Red Warrior.
"Terima kasih kepada Gerakan Selamatkan Kelantan (GSK) kerana bersama-sama dalam perjalanan ini untuk menubuhkan KRW FC. Hari ini kita telah berjaya meletakkan kelab ini dalam kancah bola sepak Malaysia.
"KRW adalah pasukan yang kuat dalam Liga A1, dan saya percaya pasukan ini mampu menjuarai Liga A1 Semi-Pro pada tahun ini. Saya akan terus berikan sokongan kepada kelab yang saya sayangi," ujar Nik Hafiz.
Pengunduran Nik Hafiz turut dikaitkan dengan pembelian pemilikan saham kelab oleh sebuah syarikat minuman tempatan.
Syarikat tersebut dikatakan memiliki sepenuhnya pemilikan terhadap KRW. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram