
DUA pucuk surat rasmi daripada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bagi memaklumkan pelaksanaan tarif baharu terhadap semua produk negara ini, mencuri perhatian umum.
Dimuat naik ke platform Truth Social, isi surat bertarikh 7 Julai 2025 itu meraih pelbagai reaksi, dan dalam pada masa, templat surat dengan menggunakan jata rasmi The White House tersebut juga mengundang kritikan ramai.
Netizen menyedari bahawa format dan gaya penulisannya menyerupai surat-surat yang dihantar Trump kepada pemimpin negara lain, termasuk Bangladesh, Myanmar, Laos, Kazakhstan dan Afrika Selatan.
BACA LAGI: Terima gaji paling tinggi, pekerja hias kek bongkar rahsia strategi bisnes Walmart
BACA LAGI: Bawa RM10,000 naik Himalaya, 6 beradik asal Penang tak sangka buah eksotik ubah nasib keluarga
Jika diteliti satu persatu, format dan gaya bahasa surat berkenaan hampir 100 peratus sama.
Gaya penulisan, struktur ayat dan frasa-frasa tertentu dilihat seakan-akan templat yang hanya ditukar nama penerima dan negara, namun keseluruhan mesej kekal sama.
Penggunaan logo rasmi The White House dan gaya persembahan yang terlalu ringkas untuk isu sepenting tarif antarabangsa menjadikan perkara tersebut menjadi bahan kritikan, khususnya di media sosial.
Trump posting a number of letters to multiple countries announcing tariffs. The countries include: South Africa, Malaysia, Laos, Kazakhstan, Myanmar pic.twitter.com/RMwQShgyS2
— Acyn (@Acyn) July 7, 2025
Di platform X dan TikTok, ramai pengguna menyindir tindakan Trump dengan melabelnya sebagai 'diplomasi salin dan tampal', sambil berkongsi tangkap layar surat tersebut bersama surat-surat Trump yang pernah dihantar kepada negara lain.
“Tak sangka surat rasmi dari Presiden Amerika boleh nampak macam surat sekolah," kata Radhiogvng.
“Lain kali pakai AI saja, lebih kemas," komen xxchuisxx.
Selain tanda pagar #CopyPasteDiplomacy, #TrumpTemplate juga mula trending.
Dalam pada itu, ada juga yang mempertikaikan etika diplomatik AS terhadap Malaysia, apabila surat kepada Yang di-Pertuan Agong, yang sepatutnya bersifat penuh hormat ditulis dalam nada yang sama seperti kepada mana-mana ketua kerajaan biasa.
"Benda ni melibatkan hubungan antara dua negara, terutamanya yang berdaulat dan punya hubungan diplomatik penting.
"Sekurang-kurangnya, ubah sikit ayat ikut konteks, bukan tukar nama saja," kata Amuraiha Ansir.
Terdahulu, Trump menerusi surat berkenaan berkata, pihaknya mengenakan kadar tarif 25 peratus produk Malaysia yang dieksport ke AS bermula 1 Ogos ini.
Langkah tersebut diambil berikutan jurang perdagangan yang ketara antara kedua-dua negara serta dasar perdagangan Malaysia yang disifatkan tidak seimbang. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram