
KEMUDAHAN perubatan canggih dan kepakaran doktor di Malaysia dikatakan menjadi tarikan utama rakyat Indonesia yang sanggup berbelanja besar demi mendapatkan rawatan berkualiti.
Malaysia kini muncul sebagai antara destinasi utama pelancongan kesihatan di Asia Tenggara, dengan negeri seperti Melaka dan Pulau Pinang menjadi tumpuan warga asing, termasuk dari negara jiran itu.
Fasiliti perubatan bertaraf antarabangsa, penggunaan teknologi moden dan layanan mesra pesakit menjadikan hospital swasta di negara ini lebih diyakini berbanding di tempat sendiri.
BACA LAGI: Tular kes pelajar perempuan dibuli dalam tandas di Klang, polis akan ambil tindakan tegas
Fenomena itu turut tular di media sosial apabila ramai warga Indonesia berkongsi pengalaman menerima rawatan di Malaysia, malah menganggap diagnosis dan rawatan di sini jauh lebih teliti serta berkesan.
Seorang pengguna X, @estellestrs, mendedahkan bapanya yang juga seorang doktor senior memilih untuk menghantar dirinya mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka kerana kecewa dengan sistem rawatan di Indonesia.
"Saya pernah disyaki ada masalah buah pinggang. Nak buat ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) tak boleh guna insurans, bayar sendiri pun tiada tindakan.
"Akhirnya pergi ke Melaka, sehari selesai dan keputusan tunjuk buah pinggang saya normal, " katanya.
BENARKAH pic.twitter.com/9tRszme8Dz
— ØØ ØØ (@pencintaproduk) June 23, 2025
Seorang lagi pengguna, @Sunshine41291, pula berkongsi kisah mak ciknya yang mengalami masalah jantung.
"Doktor di Indonesia kata ada jantung tersumbat dan perlu dibedah dengan kos yang tinggi tetapi bila sampai di Pulau Pinang, doktor beritahu sebenarnya masalah pada 'signal elektrik' jantung.
"Terus dibedah dan sembuh. Sejujurnya kos rawatan sama sahaja tetapi fasiliti di Malaysia jauh lebih baik," tulisnya.
Turut berkongsi pengalaman, @DannyNangin berkata anaknya yang disangka hanya mempunyai bisul di leher, tetapi selepas dibawa ke Pulau Pinang, doktor mengesahkan ia adalah kanser yang memerlukan rawatan dengan segera.
"Bayangkan kalau saya tidak menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, sudah tentu hidup saya sudah tak lama. Bagi mereka yang ada kewangan yang kukuh, pergi ke Pulau Pinang. Fasiliti mereka memang terbaik," pujinya.
Seorang lagi pengguna, @winonawld, menulis bahawa ibunya mengalami masalah sakit sendi dan mencuba pelbagai ubat serta rawatan di Indonesia tanpa hasil.
"Sudah berubat ke beberapa hospital di Jakarta tapi tak sembuh. Akhirnya ke Melaka dan doktor beri rawatan yang sesuai. Sekarang ibu saya boleh berjalan seperti biasa,” katanya.
Perkongsian-perkongsian itu membuktikan bahawa sistem kesihatan Malaysia kini berada di tahap membanggakan dan terus diyakini, bukan sahaja oleh rakyat tempatan tetapi juga oleh pesakit dari luar negara.
Perkongsian-perkongsian sedemikian membuktikan bahawa sistem kesihatan Malaysia kini berada di tahap yang membanggakan dan diyakini bukan sahaja rakyat tempatan, malah pesakit luar negara. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram