
ISU pengurusan masa dan menepati janji kembali menjadi tumpuan apabila sikap sambil lewa terhadap waktu masih membelenggu masyarakat, termasuk dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi.
Sama ada melibatkan urusan temu janji, sesi pembelajaran mahupun tugasan di tempat kerja, kegagalan mematuhi masa yang ditetapkan dilihat terus berleluasa tanpa mengira usia mahupun jantina.
Terbaharu, tular satu perkongsian oleh seorang pensyarah di sebuah universiti awam, Sir Zahir di aplikasi TikTok yang menegur pelajarnya supaya tidak datang lambat ke kelas dan menekankan kepentingan hadir tepat pada masanya untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
BACA LAGI: [VIDEO] Tewas bermaruah, Jojo Ghazali bangga keberanian Miki di Jepun
"Minggu-minggu terakhir ini, datang lewat saya kunci pintu dan duduk luar," tulisnya dan video tersebut kini meraih ratusan ribu tontonan.
Students sekarang wujud yang bodoh sombong ya?
Dia tau tak kalau lecturer dah start tawar hati, dia jugak yang rugi.
If you think time management is not important, you better pray your dad has a job waiting for you because nobody wants a worker like you!
Nobody! pic.twitter.com/KmmshP7B3R
— Hezeri Samsuri (@HezeriSamsuri) June 21, 2025
Namun begitu, teguran itu mencetuskan perdebatan apabila seorang pengguna TikTok, JilakeBetol, mempersoalkan tindakan pensyarah yang tidak membenarkan pelajar masuk kelas kerana lewat.
"Ada cara yang lagi baik untuk menghukum daripada tak bagi masuk kelas, pelajar bayar kau untuk mengajar. Kau tak bagi masuk kelas disebabkan lambat?,
"Apa yang pelajar itu terlepas, pelajar itu yang rugi tetapi pelajar ada hak untuk berada di dalam kelas," tulisnya dalam ruangan komen.
Kenyataan itu mencetuskan pelbagai reaksi balas dalam kalangan warga maya. Rata-rata netizen menyifatkan pandangan individu tersebut sebagai tidak menghormati peranan pendidik.
Antara yang tampil menegur ialah pemerhati automotif negara, Hezeri Samsuri yang berasakan komen JilakeBetol tidak berasas.
"Students (pelajar) sekarang wujud yang bodoh sombong ya? Kalau lecturer (pensyarah) dah mula tawar hati, dia juga yang rugi," ciapnya di laman X (Twitter) miliknya.
Hezeri turut menegaskan bahawa pengurusan masa adalah asas penting dalam dunia sebenar.
"Kalau awak rasa pengurusan masa itu tidak pendting, awak patut berdoa ayah awak menyediakan kerja untuk awak kerana tiada siapa yang sanggup mengambil awak bekerja, " katanya lagi.
Perkongsian tersebut membuka perbincangan lebih luas mengenai kepentingan disiplin waktu dalam kalangan pelajar serta peranan pensyarah dalam mendidik bukan sahaja dari segi akademik, malah sahsiah dan etika kerja.
Seorang lagi pengguna X, Syafi@K_ turut bersetuju dengan pendapat Hezeri.
"Tiada istilah 'bayar' untuk mengajar, kalau pensyarah sudah tawar hati pelajar juga yang rugi," tulisnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram