
TERENGGANU FC memberi petunjuk bahawa mereka sedang merancang untuk memperkuatkan pasukan menjelang musim 2025/2026.
Melalui hantaran di laman rasmi Facebook, kelab itu memuat naik gambar tempoyak ikan patin yang cukup sinonim dengan negeri Pahang.
Tindakan itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan penyokong mengenai kemungkinan kehadiran pemain baharu dari negeri tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Belum lagi beraksi, chant jerit nama Dion Cools sudah bergema di bumi Jepun
BACA LAGI: Pengguguran pemain import keputusan tepat demi prestasi Sang Penyu – Legenda Terengganu
Sang Penyu memberi bayangan akan membawa masuk pemain dari Pahang. — Facebook/TFC
Beberapa penyokong Sang Penyu dalam ruangan komen mengemukakan dua nama yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab tersebut iaitu Nor Azam Azih dan Adam Nor Azlin.
Kedua-dua tonggak Tok Gajah itu dianggap sebagai calon yang sesuai untuk memperkuatkan skuad Sang Penyu musim depan.
"Macam Azam Azih saja ini ke Terengganu? Kalau betul apa salahnya, Pahang sudah tak lagi main Liga Super," kata Faiz Rahman.
"Ini mesti Azam Azih atau Adam Nor Azlin, tapi confirm pemain dari Pahang," kata John.
"Ada dua kemungkinan, Azam Azih atau Adam Nor Azlin, tak terkejut pun sebab Pahang saja tak main Liga Super," kata Mohd Iqbal.
Dengan pengunduran Sri Pahang dalam saingan Liga Super musim depan, peluang pemain mereka menyertai kelab lain semakin terbuka.
Namun, setakat ini, belum ada pengumuman rasmi dari Terengganu FC mengenai sebarang perpindahan pemain. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram