
SKUAD Harimau Malaya mengesahkan yang mereka bakal berdepan cabaran daripada gergasi Asia Tengah dalam Piala Negara-Negara Asia Tengah (CAFA) bermula 26 Ogos hingga 9 September.
Menurut Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Isnin, Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski akan bermain dalam kejohanan lapan pasukan dengan mereka akan bertemu beberapa Gergasi Asia.
Antaranya adalah Iran dan Uzbekistan yang sudah layak ke Piala Dunia 2026, selain Oman, Tajikistan, Krygyzstan, Afghanistan, serta Turkmenistan.
BACA LAGI: 'Elak termasuk senarai import Thai flop, Picha Autra mesti cepat serasi bersama Selangor'
BACA LAGI: 'Make or break', 3 bintang muda Selangor perlu pastikan musim cemerlang elak ditunjuk pintu keluar
Bagi Ckalmovski, ia merupakan satu peluang yang baik para pemain Harimau Malaya beraksi terutamanya berdepan negara lebih tinggi rankingnya.
"Kami berbangga untuk menyertai Kejohanan CAFA 2025. Kami akan berdepan cabaran hebat di tempat lawan dan bersaing dalam persekitaran yang mencabar menentang pasukan-pasukan kuat.
“Pengalaman ini akan menguji kami dalam pelbagai aspek, di dalam dan di luar padang, dan ia amat penting untuk pembangunan berterusan skuad kebangsaan.
“Kejohanan ini merupakan satu lagi peluang penting untuk Harimau Malaya mengharumkan nama negara, menyemarakkan semangat penyokong, dan terus membina perpaduan yang diimpikan oleh bola sepak Malaysia," ujarnya.
Penyertaan Malaysia dalam kejohanan itu jelas sekali mengecewakan Indonesia yang sebelum ini berhajat untuk menguji Harimau Malaya.
Namun begitu, FAM lebih berminat menentang gergasi Asia sebenar seperti Iran dan Uzbekistan dalam memastikan revolusi Harimau Malaya berjaya.
Dalam pada itu, penyertaan skuad kebangsaan dalam kejohanan itu menandakan revolusi Harimau Malaya mula menjadi perhatian banyak pihak.
Pendedahan menentang pasukan-pasukan utama Asia jelas sekali membantu Harimau Malaya untuk masa akan datang berbanding bermain bersama jiran-jiran dari Asia Tenggara.
"Dunia sudah mula pandang sejak revolusi Harimau Malaya (bermula). Semoga berjaya buat skuad kebangsaan Malaysia," ujar penyokong dikenali sebagai Geedue.
Piala Negara-Negara CAFA merupakan pertandingan serupa dengan Piala Asean dan ia mula dipertandingkan sejak 2023. Iran merupakan juara sulung bagi pertandingan tersebut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram