
GERGASI Liga Super, Selangor FC memilih untuk terus mengekalkan beberapa pemain muda menjelang musim baharu.
Mereka sudah berada lama dalam skuad Gergasi Merah, namun tidak semua berjaya memberikan impak seperti ditampilkan oleh Harith Haiqal dan Sharul Nazeem.
Musim 2025/2026 dilihat penting buat karier mereka dengan keadaan masih tidak berubah, berkemungkinan ia bakal jadi pengakhiran kepada masa mereka bersama Selangor.
BACA LAGI: 'Ubi warisan' terus kekal di Eropah, cerahkan potensi selit ke skuad Harimau Muda
Mukhairi Ajmal
Seorang pemain yang mempunyai potensi tinggi, Mukhairi Ajmal merupakan seorang pemain tengah yang boleh beraksi di pelbagai posisi.
Musim lalu, Mukhairi melakukan 16 penampilan Liga Super sambil mencatatkan dua gol dan tiga bantuan jaringan. Namun begitu, peranannya agak terhad kerana kehadiran ramai pemain import.
Mukhairi Ajmal.
Mukhairi bagaimana mana pun boleh beraksi di pelbagai posisi dengan dia turut berfungsi baik jika diletakkan di sayap kiri atau pemain tengah menyerang.
Jersi nombor 10 disarungnya nyata hadir dengan jangkaan tinggi penyokong. Musim ini, dia perlu mendapatkan semula tempatnya bagi mencuri hati penyokong.
Aliff Haiqal
Seorang lagi pemain yang perlu bangkit pada musim hadapan adalah bintang bertubuh kecil iaitu Aliff Haiqal.
Pemain tersebut yang lebih sebagai pemain tengah menyerang juga boleh bermain sebagai pemain sayap kiri dan kanan apabila diperlukan oleh jurulatih.
Haiqal (kanan) selalu menjaringkan gol penting untuk Selangor.
Musim lalu, Haiqal melakukan 18 penampilan liga sambil menghasilkan dua gol dan dua bantuan gol. Pemain ini turut dianggap sebagai super-sub kerana dilihat lebih berkesan sebagai pemain gantian berbanding kesebelasan utama.
Haiqal juga sering menghasilkan gol-gol penting buat Selangor dan jika dia terus menyerlah tidak mustahil namanya akan terus berada dalam skuad Gergasi Merah.
Syahir Bashah
Seorang lagi pemain muda yang perlu kerja keras untuk meneruskan musimnya di Selangor adalah pemain tengah, Syahir Bashah.
Pemain itu merupakan produk serupa dengan Haiqal dengan Syahir boleh beraksi di posisi serupa iaitu pemain tengah menyerang serta sayap kiri dan kanan.
Syahir Bashah.
Musim lalu, Syahir cuma melakukan enam penampilan Liga Super selain lima penampilan lain dalam dua pertandingan lain.
Musim 2025/2026 jelas penting buat Syahir, jika dia terus ketinggalan dalam ranking pilihan jurulatih untuk ke kesebelasan utama, pasti sukar untuknya mendapat tempat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram