
GERGASI Liga Super, Selangor FC mengumumkan ketibaan pemain Thailand iaitu Picha Autra daripada Muangthong United sebagai rekrut pertama musim ini.
Pemain berusia 29 tahun itu hadir dengan reputasi sebagai ketua pasukan dengan kualiti kepimpinannya akan menjadi nadi kepada skuad Selangor di tengah padang.
Bintang Thailand bukannya asing dengan Liga Super namun sejak kebelakangan ini, tidak ramai pemain Gajah Perang yang ke Malaysia berjaya bersama kelab mereka. Boleh dikatakan, ramai yang menjadi jatuh ke status flop.
BACA LAGI: 'Elak termasuk senarai import Thai flop, Picha Autra mesti cepat serasi bersama Selangor'
Dennis Buschening
Merupakan pemain kacukan Jerman, Dennis Buschening merupakan antara pemain Thailand yang gagal menyerlah di Liga Super.
Bermula dengan skuad remaja Borussia Dortmund, pengembaraan Buschening di Malaysia bermula dengan Sabah FC pada 2020 sebelum menyertai UiTM FC setahun kemudiannya.
Tempoh Buschening (tengah) bersama Kedah terbantut kerana kecederaan.
Tempoh paling diingati adalah ketika dia menyertai Kedah Darul Aman FC pada 2022 yang mana dia hanya bertahan selama setengah musim dan sekadar beraksi dua perlawanan kompetitif akibat mengalami kecederaan panjang.
Kelab Malaysia terakhir disertai oleh Buschening adalah Kelantan FC pada 2024 namun dia tidak memberikan persembahan diharapkan.
Adisak Kraisorn
Penyerang sensasi Thailand itu datang ke Terengganu FC dengan reputasi besar pada musim 2023 sebagai pemenang kasut emas Piala Asean 2022.
Namun begitu, segalanya tidak menjadi buat Adisak Kraisorn di Pantai Timur apabila dia tidak berjaya memberikan persembahan terbaik hinggakan gagal mencuri hati penyokong.
Kraisorn (kanan) tidak begitu menjadi bersama Terengganu.
Dalam 28 penampilannya bersama skuad Penyu, Kraisorn hanya berjaya menghasilkan empat gol serta tiga bantuan jaringan untuk kelab itu sebelum meninggalkan Terengganu semusim kemudian.
Walaupun dihormati sebagai antara penyerang terbaik Asia Tenggara, namun Kraisorn jelas tidak mampu untuk menguasai Liga Super.
Sanrawat Dechmitr
Satu lagi nama pemain Thailand yang pernah beraksi di Malaysia adalah Sanrawat Dechmitr.
Merupakan pemenang Piala Asean 2022 seperti Kraisorn, Dechmitr menyertai Kedah pada tahun yang sama dengan beraksi semusim.
Sanrawat Dechmitr sangat penting untuk bahagian tengah Kedah.
Merupakan pemain tengah, Dechmitr beraksi sebanyak 20 kali untuk Kedah dengan menghasilkan satu gol dan satu bantuan jaringan kerana dia lebih bermain sebagai pemain tengah bertahan.
Tempoh Dechmitr dilihat lebih baik berbanding Buschening dan Kraisorn di Liga Super kerana persembahan baiknya. Kini sudah pun bersara, Sang Kenari merupakan satu-satunya kelab Dechmitr di Malaysia. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram