
DALAM dunia perniagaan yang kompetitif, adalah penting untuk sesuatu perniagaan itu dikenali oleh orang ramai.
Kehadiran platform media sosial pada waktu ini dilihat memudahkan perniagaan untuk mendapatkan populariti pada kadar segera.
Hanya dengan satu perkongsian video atau gambar, sesebuah perusahaan mampu untuk menjadi tular dengan segera dan sekali gus menarik perhatian orang ramai untuk membeli.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Begitu pun, tidak semua peniaga mahu dikenali secara meluas.
Ini kerana terdapat sesetengah pengusaha yang sememangnya tidak memiliki kapasiti untuk menerima pelanggan dalam jumlah yang banyak.
Bagi perniagaan seperti makanan, kegagalan untuk memastikan operasinya memenuhi permintaan lazimnya akan menjejaskan kualiti hidangan yang dihidangkan kepada pelanggan.
Disebabkan itu, adalah tidak pelik apabila terdapat peniaga tidak mahu perniagaannya tular bagi mengelak situasi sedemikian.
Bagaimanapun, tindakan tersebut ternyata ada menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelanggan.
Tangkap layar hantaran oleh omeyaacob_.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang peniaga makanan wanita yang menggunakan akaun omeyaacob_ di Thread.
"Kita larang seseorang untuk tidak buat live di TikTok di restoran saya dah di tuduh kita tutup periuk nasi dia pula.
"Dia tak fikir ke saya perlu jaga my periuk nasi juga! Restoran kecil saya ada dalam 20 meja sahaja.
"Saya masih merupakan pengusaha f&b yang old school, nak tenang-tenang sahaja tak nak bising.
"Tak perlu perlu viralkan restoran saya sebab saya lebih prefer pelanggan dana tenang-tenang sahaja.
"Salah ke saya? Saya ni makcik yang dah lebih usia 60 tahun ya," tulisnya pada Sabtu.
Lepas ni owner kedai makan kena tampal notis “No video,live and photo allowed”.
Tak semua perlukan virality, mungkin ada yang nak berbusiness dengan tenang dan sekadar cukup untuk survive. pic.twitter.com/rNX7K7pNK1
— Ayen Zahar (@ayenzahar) May 25, 2025
Hantaran berkenaan sudah mendapat lebih 2,700 tanda suka dan 42 perkongsian.
Dalam pada itu, terdapat warganet mencadangkan agar mana-mana pengusaha kedai untuk meletakkan tanda arahan larangan merakam di premis sekiranya tidak mahu pelanggan mengambil gambar untuk tujuan dikongsikan di media sosial.
"Lepas ni pemilik kedai makan kena tampal notis “No video,live and photo allowed”.
"Tak semua perlukan tular, mungkin ada yang nak berniaga dengan tenang dan sekadar cukup untuk survive," ujar ayenzahar. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram