
HIDANGAN ayam gepuk kini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan peminat makanan Indonesia.
Keenakan sambalnya yang pedas dan beraroma, dipadankan pula dengan ayam goreng berempah serta ulam segar, menjadikan juadah itu pilihan popular di gerai dan restoran tempatan.
Namun, di sebalik popularitinya, timbul pula suara-suara yang mempertikaikan harga ayam gepuk yang disifatkan 'terlalu mahal' jika dibandingkan dengan juadah seperti nasi campur biasa.
BACA LAGI : Terpalit kontroversi hantar mesej tak senonoh kepada budak bawah umur, CEO Batu ditahan polis Gombak
BACA LAGI : [VIDEO] Rakaman pelantar minyak terbakar bukan berlaku di Sarawak, tiada kematian dilaporkan
Menjawab persoalan itu, seorang pengguna platform X (dulu dikenali sebagai Twitter), Amirul Kalif Syde tampil berkongsi secara jujur punca sebenar di sebalik harga yang dikenakan pada pelanggan.
Resipi asli ayam gepuk sememangnya menggunakan gajus yang dikisar bersama cili padi bagi menghasilkan sambal istimewa. — Gambar hiasan/Agensi
Perkongsiannya itu juga adalah berdasarkan pengalaman isterinya yang pernah menjalankan perniagaan ayam gepuk.
"Isteri aku dulu meniaga ayam gepuk. Jawapan dia sebab cabai (cili) dengan gajus mahal," ciapnya pada Jumaat.
Menurutnya lagi, ramai tidak menyedari bahawa bahan-bahan asas seperti cili kering dan gajus merupakan antara penyumbang utama kepada kos yang tinggi.
Malah, Amirul turut mencabar orang ramai untuk membuat pengiraan sendiri.
"Tak percaya? Cuba kira semua sendiri sendiri. Kau akan terkejut benda 'simple' macam tu mahal," katanya lagi.
Tambah Amirul, ayam gepuk biasanya menggunakan bahagian ayam quarters (satu per empat ayam), dan jika seekor ayam kini mencecah RM15, kos hanya untuk ayam bagi satu hidangan sudah mencecah sekitar RM3.50.
"Jadi takkan nak jual RM7 sahaja kan?” katanya, merujuk kepada tanggapan sesetengah pelanggan yang mempersoalkan harga juadah itu.
Ramai tidak menyedari bahawa bahan-bahan asas seperti gajus (kiri) dan cili kering merupakan antara penyumbang utama kepada kos hidangan ayam gepuk yang tinggi. — Gambar Hiasan/Agensi
Melalui ciapan yang sama, Amirul turut berkongsi resipi asli ayam gepuk sememangnya menggunakan gajus yang dikisar bersama cili padi bagi menghasilkan sambal istimewa.
Menurutnya, jika sambal tersebut pedas, hanya sedikit gajus digunakan, namun jika mahu kurangkan kepedasan, jumlah gajus yang digunakan akan ditambah sekali gus meningkatkan lagi kos.
Perkongsian Amirul mendapat perhatian ramai pengguna X, termasuk daripada seorang lagi pengguna X, @AbidinAmru, yang mempunyai pengalaman sama ketika menyediakan ayam gepuk sendiri di rumah.
"Betul! Kami buat sendiri hidangan ayam gepuk di rumah untuk makan keluarga. Memang kos tinggi kalau guna gajus.
"Kalau buat guna kacang tanah rasa tak sama, kurang berlemak. Lagi satu, ayam gepuk banyak pakai ayam quarter yang besar, bukan ayam kecil,” katanya.— Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram