
PADA musim ini, Liverpool mencatatkan kejayaan luar biasa dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila berjaya muncul juara meski baru di musim pertama di bawah bimbingan pengurus baru, Arne Slot.
Lebih manis, kejuaraan EPL kedua dala tempoh lima tahun itu bakal disambut di hadapan ribuan penyokong secara fizikal.
Ini sama sekali berbeza berbanding ketika musim 2019/2020 yang menyaksikan pasukan gergasi England itu meraikan kejuaraan di stadium tertutup.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Dalam pada itu, turut tidak melepaskan peluang bagi menyambut kejayaan berkenaan ialah penyanyi popular negara, Yuna.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagramnya pada Sabtu, Yuna dilihat berkunjung ke laman rasmi keramat Liverpool, Stadium Anfield, England.
Liverpool akan menjulang kejuaraan EPL selepas perlawanan terakhir musim ini yang dijadual berlangsung di stadium tersebut pada Ahad.
Yuna memakai jersi retro Liverpool menjelang perlawanan akhir pasukan tersebut pada Ahad.
Menerusi klip terbabit, Yuna bersama suaminya, Adam Sinclair berkongsikan detik manis mereka melakukan lawatan di seluruh bahagian stadium Anfield.
Antara tempat menarik dikunjungi termasuk bilik persalinan, terowong memasuki padang dan juga beberapa lokasi menempatkan mural ayam tambatan Liverpool.
Sementara itu, menerusi hantaran Story Instagram suaminya, Yuna dilihat turut sudah bersedia untuk menghadiri perlawanan pada Ahad.
Di dalam perkongsian berkenaan, dilihat memakai jersi retro Liverpool berwarna putih sambil menjamu selera di sebuah restoran sebelum pergi menonton.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata warganet termasuk penyokong pasukan Liverpool dari Malaysia turut berkongsikan kegembiraan melihat peluang diperolehi penyanyi itu untuk menyambut kejuaraan secara fizikal bersama pasukan kesayanan mereka.
"Salam kak, minta sikit udara Anfield time celebration nanti tolong bungkus tupperware," kata Senkuuuuu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram