[VIDEO] 'Di mana lagi dalam dunia boleh dapat suasana macam ni', pelancong asing puji keindahan Pantai Teluk Cempedak


  • Tular
  • Rabu, 14 Mei 2025

Tangkap layar video tular memaparkan seorang pencipta kandungan pelancongan memuji kebersihan patai di Teluk Cempedak, Kuantan.

BARU-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan kekaguman seorang pengembara dari luar negara mengenai keindahan dan kebersihan Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang. 

Klip itu dimuat naik oleh seorang pencipta kandungan pelancongan  menggunakan akaun TikTok, travelingsolovlogs pada Ahad lalu.

Menerusi video tersebut, lelaki terbabit yang dipercayai berasal dari Amerika Syarikat (AS) berkongsikan pengalaman positif dialami di pantai tersebut yang merupakan antara tempat tarikan utama di Pahang.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

“Saya cukup suka Malaysia, dan inilah salah satu sebabnya. Pantainya yang cantik dan bersih, orang ramai berseronok, dan paling menarik, tiada siapa pun yang cuba menjual barangan kepada anda. 

"Anda boleh sahaja mengambil tuala, nikmati masa bersama keluarga, bersantai dan luangkan masa yang hebat.”

“Ini pantai yang sangat indah, dan pasirnya pun bersih. Di mana lagi di dunia ini anda boleh dapat suasana seperti ini?” katanya dalam video terbabit.

Rata-rata daripada pengguna bersetuju dengan komen lelaki terbabit mengenai tahap kebersihan di pantai Teluk Cempedak meskipun ia berstatus kawasan awam. — X/SyedAkramin

Berdasarkan perkongsian kandungannya di media sosial, lelaki terbabit dilihat turut mengembara di beberapa negara lain khususnya di Asia termasuk Indonesia, Filipina, China, Jepun dan Arab Saudi.

Dalam pada itu, di ruangan komen, rata-rata daripada pengguna bersetuju dengan komen lelaki terbabit mengenai tahap kebersihan di pantai tersebut meskipun ia berstatus kawasan awam.

"Ya, antara di Pantai Timur ini, pantai yang bersih ialah TC (Teluk Cempedak) Pahang dan Penarik di Terengganu," kata AwatifWardina.

"Kalau pergi mana-mana pantai dekat Kuantan, hampir semuanya bersih dan tiada khemah pacak," tulis Warzup.

"Baru dua hari lepas pergi Teluk Cempedak, pantai yang paling bersih, tiada satu sampah pun. Pasir cantik putih jernih, laut pun lawa warna biru," ujar I.Z. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram