Kekal lagi semusim, Ronnie Fernandez wajar tukar posisi jadi CAM kerana cekap umpan ‘assist


  • Podium
  • Ahad, 04 Mei 2025

Fernandez (kiri) dilaporkan akan kekal lagi semusim bersama Selangor.

PENYOKONG Selangor FC terpaksa menelan hakikat yang penyerang utama mereka, Ronnie Fernandez akan kekal lagi semusim di kelab itu.

Hal ini kerana, timbul spekulasi yang mengatakan yang dia akan kekal lagi semusim bersama Selangor. Ia turut ditambah dengan siaran Fernandez di Instagram memberi isyarat dia akan kekal.

"Satu lagi musim bola sepak, kami bersedia dengan apa yang mendatang," kata Fernandez.

BACA LAGI: Selangor mesti 'pecah tabung' ganti import, pastikan skuad bukan 'asal boleh' musim depan

BACA LAGI: Terpisah 18 mata dengan JDT, misi Selangor kecilkan jurang bergantung 3 faktor

Penyokong Selangor nampaknya perlu berdamai dengan takdir apabila penyerang tumpul itu akan kekal di Petaling Jaya untuk musim depan. Namun begitu, jika mahu kekal, ada syaratnya.

Mereka tidak mahu lagi Fernandez memimpin barisan serangan, sebaliknya dia boleh ditolak sedikit ke belakang sebagai pemain tengah menyerang atau CAM.

"Memandangkan dia dah tak berapa laju, saya setuju kalau dia diletakkan sebagai pemain tengah menyerang. Setakat ini, bantuan gol dia cantik, itu saja cara nak guna dia untuk musim akan datang. Dia tak mampu nak berada di posisi penyerang," kata penyokong bernama Andy Zahari.

"Bagi saya, Fernandez ini okay je. Sebaga dia boleh main di kiri, kanan dan CAM. Bantuan gol dia pun banyak. Cuma Katsuhito Kinoshi kena cari penyerang utama yang baharu, peledak yang bagus dan Fernandez boleh jadi sebagai backup," komen Rasid Dwen.

"Fernandez boleh bertindak sebagai false 9. Faisal Halim dan Alvin Fortes akan menyusup masuk ke bahagian serangan," kata Hanif Hawari pula.

Dengan baki kontrak semusim masih ada, eloklah jika Kinoshi cuba membuka potensi Fernandez dengan menjadikan dia sebagai CAM baharu Selangor selepas pemergian Yohandry Orozco.

Siapa tahu? Dia akan lebih menyerlah dan mampu membawa Selangor pergi lebih jauh musim hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram