
PEMAIN Sri Pahang FC, T. Saravanan memberi isyarat tidak akan berhenti dari terus menyinar selepas menggegar gawang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi akhir Piala Malaysia.
Gol dari Saravanan itu membuatkan Tok Gajah mendahului pada separuh masa pertama sebelum mereka tumbang 1-2 menerusi gol Bergson da Silva dan Arif Aiman untuk membolehkan JDT juara.
Walaupun kalah, namun bagi Saravanan, ia adalah permulaan kepada sesuatu yang lebih baik buatnya selepas berhempas-pulas dalam mendapatkan kepercayaan Fandi Ahmad.
BACA LAGI: Terpesona prospek muda Sri Pahang, The Cats jangan berlengah sambar Patrick Vieira versi Tok Gajah
BACA LAGI: Kedah-Sri Pahang-Sabah FC antara kelab paling banyak 'own goal' musim ini
Saravanan (depan) meraikan golnya bersama Sri Pahang. — Facebook/Sri Pahang
Malah, sebelum perlawanan akhir itu, Saravanan bekerja keras setiap kali diturunkan oleh Fandi, hinggakan dia berjaya menghasilkan dua gol dan dua bantuan gol dalam empat aksi terakhir Sri Pahang dalam liga.
"Perlawanan akhir ini, lima perlawanan akhir ini, saya tunjukkan yang saya boleh bersaing. Serta, saya ada kualiti yang diperlukan.
"Tetapi, ini bukanlah pengakhiran. Menjaringkan gol di perlawanan akhir tidak membawa apa-apa makna jika saya tidak terus berkembang. Ini adalah permulaan," kata Saravanan.
Pemain berusia 24 tahun itu mengakui ia adalah perasaan yang tidak dapat digambarkan apabila berjaya menggegar pintu gol JDT.
Bagi Saravanan, jaringan itu dapat membuka mata banyak pihak kerana sebelum ini dia jarang diturunkan.
"Ia terasa seperti tidak disangk-sangka. Selepas mengharungi segalanya musim ini, untuk menjaringkan gol di perlawanan akhir, ia adalah satu perkara yang saya tidak boleh lupa.
"Ramai yang terkejut, kerana saya bukannya pemain utama. Tapi di dalam hati, saya tahu apa yang saya boleh buat jika diberikan peluang," jelas Saravanan. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram