
KEMUDAHAN papan pintar atau smartboard disasarkan untuk digunakan di seluruh sekolah di Malaysia menjelang 2027.
Memetik laporan Kosmo!, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha tersebut merupakan antara usaha kerajaan dalam memperkukuhkan penggunaan teknologi digital dan Kecerdasan Buatan (AI) dalam sistem pendidikan negara.
Menurutnya, KPM berharap sasaran tersebut dapat dicapai di samping bersedia dengan pelan sokongan lain termasuk menaik taraf pusat kegiatan guru sebagai pusat kecemerlangan untuk teknologi pendidikan.
BACA LAGI: Pupuk nilai patriotik, pemakaian lencana Jalur Gemilang pada seragam murid bermula 21 April
Fadhlina mengumumkan sasaran KPM tentang kemudahan tersebut. — The Star
Selain smartboard, terdapat beberapa inisiatif lain yang giat dilakukan oleh pihak KPM bagi menaik taraf sistem pendidikan di negara ini.
Sebelum ini, KPM menetapkan prosuder baharu iaitu pemakaian lencana Jalur Gemilang pada setiap seragam pelajar sekolah.
Pemakaian lencana itu juga bertujuan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Bukan itu sahaja, KPM di juga menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Gempur Kehadiran Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024/2025 bagi mengurangkan jumlah ketidakhadiran pelajar menduduki peperiksaan itu dan banyak lagi.
Kesemua usaha itu juga demi meningkatkan taraf pembelajaran para pelajar untuk menimba ilmu dengan lebih efektif. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram