
NOTIS larangan pengambilan pekerja asing termasuk pemastautin tetap oleh Majlis Diraja Klang (MBDK) tetap sebagai pembantu di semua gerai dan kios bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan itu bermula 1 Jun nanti merupakan satu usaha terbaik.
Larangan tersebut juga melibatkan semua penyewa gerai makanan, minuman dan kios di pasar-pasar awam milik MBDK.
"Hanya warganegara Malaysia dibenarkan bekerja sebagai pembantu gerai.
"Semua pembantu juga wajib didaftarkan dengan MBDK," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura nak beli, wanita warga emas licik curi beg duit pelanggan di Pasar Siti Khadijah
Langkah tersebut turut diambil bagi mengutamakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta memperkemas sistem pemantauan dan pendaftaran pekerja di gerai-gerai kendalian pihak majlis.
Ia secara tidak langsung memberi khabar baik buat seluruh warga tempatan terutama golongan muda untuk mendapatkan pekerjaan.
"Kan ramai pelajar yang sengaja tak hadir SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Peluang pekerjaan untuk mereka," komen Jon Goh.
"Restoran wajar buat perkara sama atau sekurang-kurangnya 30 peratus pekerja tempatan," saran Azmi Ab Rahman.
Ada juga yang menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan lain untuk mengambil tindakan sama.
"Sepatutnya syarat wajaib ini terpakai di seluruh negara," kata Mohd Ridzuan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram