'Yang penting kembali ke pangkuan', ibu hilang lepas 'check' kesihatan Hospital Selayang ditemukan selamat, famili mohon privasi


  • Massa
  • Jumaat, 18 Apr 2025

Nor Azian yang hilang sejak Selasa lalu ditemui dalam keadaan selamat pada Khamis.

WANITA berusia 53 tahun dari Puncak Alam, Selangor yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas dihantar untuk pergi ke Hospital Selayang bagi menjalani pemeriksaan kesihatan ditemukan dalam keadaan selamat.

Perkembangan terbaharu itu juga dikongsikan oleh anaknya, Nor Haryanti Ramli di akaun Facebooknya pada Jumaat.

"Maaf tak sempat update pada semua yang bertanya. Telefon saya habis bateri semalam (Khamis).

"Alhamdulillah, kami dah jumpa mak dengan selamat malam tadi (Khamis malam)," katanya.

BACA LAGI: Transaksi terakhir bank dikesan di Kajang, anak bimbang ibu asal Puncak Alam hilang ketika 'check' kesihatan di Hospital Selayang

BACA LAGI: Pengurus tapak mengaku tak bersalah cederakan lelaki di pusat beli-belah Seremban, mohon kurang ikat jamin sebab jaga 3 anak

Nor Haryanti pada masa sama berterima kasih kepada orang awam yang turut membantu menjejaki ibunya, Nor Azian Osman.

"Terima kasih semua yang mendoakan dan yang bertanya.

"Buat masa sekarang bagi kami dan mak rehat dan ruang dahulu.

"Yang penting dah selamat kembali ke pangkuan keluarga," jelasnya.

Sebelum ini, Nor Azian kali dilaporkan hilang selepas gagal dengan perkhidmatan aplikasi WhatsApp yang kali terakhir dilihat aktif pukul 4 petang Selasa lalu.

Pada hari kejadian, bapanya juga menghantar ibunya ke perhentian bas berdekatan rumah mereka sekitar pukul 6.30 pagi untuk menaiki bas ke Stesen MRT Sungai Buloh. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram