[VIDEO] Pura-pura nak beli, wanita warga emas licik curi beg duit pelanggan di Pasar Siti Khadijah


  • 112
  • Sabtu, 19 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan wanita berbaju merah mencuri beg duit seorang pelanggan ketika sedang membeli barang di Pasar Siti Khadijah, Kelantan pada Jumaat.

SEORANG wanita warga emas yang dipercayai terlibat dalam kes kecurian beg duit pelanggan di Pasar Siti Khadijah, Kelantan pada Jumaat, kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, mana-mana individu atau pihak yang mengenali wanita terbabit dan mempunyai maklumat berkenaanya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu.

"Sebarang maklumat berkenaan individu (dalam rakaman) boleh disalurkan terus ke mana-mana balai polis berdekatan atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Bharu, Sarjan Mohd Syawal Abd Mutolib di talian, 014-6775994 atau 09-7752242," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

BACA LAGI: 'Yang penting kembali ke pangkuan', ibu hilang lepas 'check' kesihatan Hospital Selayang ditemukan selamat, famili mohon privasi

BACA LAGI: Pengurus tapak mengaku tak bersalah cederakan lelaki di pusat beli-belah Seremban, mohon kurang ikat jamin sebab jaga 3 anak

Terdahulu, tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di media sosial sejak Jumaat memaparkan wanita berbaju merah berusia lingkungan 50-an berpura-pura membeli barang di sebuah premis di pasar tersebut.

Dalam video sama, wanita terbabit juga dilihat mendekati seorang pelanggan dan mengambil beg duit milik pelanggan itu secara senyap sebelum berlalu pergi. 

Situasi itu juga tidak disedari pelanggan berkenaan mahu pun penjual ketika itu. 

Jumlah kerugian akibat kejadian itu tidak dinyatakan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram