
SETIAP individu perlu mengambil tahu proses menguruskan kematian untuk kegunaan di waktu kecemasan.
Melihat kisah yang dikongsikan pengguna akaun Threads @pishieplease pada Ahad, ia sememangnya dapat memberi pengajaran terutama buat masyarakat Muslim di Malaysia.
Berdasarkan perkongsian itu, proses menguruskan jenazah Muslim di Malaysia ternyata memerlukan bayaran dan kos sedikit tinggi.
BACA LAGI: Perut budak umur 3 tahun tiba-tiba memboyot, seminggu sembelit rupa-rupanya penuh cacing
BACA LAGI: [VIDEO] 'Jadilah mata dan telinga', Sultan Pahang seru rakyat jaga tanah elak terus diceroboh
Proses pengebumian jenazah perlu diambil perhatian oleh semua masyarakat Malaysia. — Gambar hiasan
Menurutnya, proses itu agak mencabar kerana kali pertama harus menguruskan sendiri jenazah bapa saudaranya yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini.
"Memandangkan mak cik (mak saudara) aku tak ada anak, aku tolong semuanya.
"Lepas bawak jenazah ke surau, pihak HKL mintak RM1,125 untuk urusan jenazah termasuk RM650 untuk mandi dan kapan, RM300 untuk kubur dan lain lain untuk kenderaan.
"Waktu ini risau dah nak cari duit," tulisnya.
Disebabkan bayaran yang terlalu tinggi, dia meminta bantuan daripada sebuah badan bukan kerajaan (NGO).
Namun, akibat terlalu banyak percanggahan dan campur tangan pihak hospital, NGO terbabit tidak dapat membantunya untuk mencari tanah perkuburan dalam waktu singkat.
Dia akhirnya membuat keputusan untuk mengebumikan jenazah di kawasan berhampiran.
"Tetapi, bila dia tengok borang, dia tanya kad pengenalan merah? Aku kata ya, terus dia kata RM1,700.
"Aku terkejut, tetapi warganegara memang RM300 untuk kubur sahaja.
"Bukan sekali ganda tetapi, 460 peratus naik. Berbeza ke usaha untuk gali kubur warganegara dengan bukan warganegara? Bukan dia pun orang Islam?' soalnya.
Syukur dengan sokongan rakan-rakan arwah bapa saudaranya, dia berjaya mendapat dana sebanyak RM1,700.
Namun, cabaran itu tidak berakhir dengan mudah kerana dia terpaksa meminta bantuan penduduk kampung untuk menggali kubur dan mengebumikan jenazah.
"Aku tak pastilah kalau memang mahal begini harga untuk urusan kematian seorang muslim di Malaysia, tapi tidak mengapalah.
"Pengajaran untuk aku dan semua juga untuk ambil cakna tentang pengurusan kematian agar tidak jadi macam aku dan keluarga.
"Daftar dengan khairat kematian di surau dan masjid kariah masing-masing. Bila ada hal begini mereka boleh tolong uruskan dan juga bagi bantuan serta nasihat," sarannya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram